awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Russia, Qatar didakwa beri rasuah untuk anjur Piala Dunia

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2020
00:51 MYT
Russia, Qatar didakwa beri rasuah untuk anjur Piala Dunia
Trofi Piala Dunia 2022. REUTERS/Gambar Fail
RUSSIA dan Qatar didakwa menawar dan memberikan rasuah bagi memastikan mereka diundi sehingga terpilih untuk menganjurkan Piala Dunia, masing-masing bagi edisi 2018 dan 2022, demikian didakwa satu pendedahan dari Amerika Syarikat.
Ia merupakan satu pendedahan yang dibangkitkan oleh pendakwa raya di New York sebagai sebahagian daripada penyiasatan jangka panjang mengenai gejala korupsi yang berlaku dalam badan pentadbiran bola sepak dunia dengan mendakwa beberapa Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah ditawar dan dihulurkan rasuah yang berkaitan dengan undi mereka.
Adalah dikatakan bahawa bekas presiden Konfederasi Bolasepak Brazil, Ricardo Teixeira, bekas presiden CONMEBOL, Nicolaz Leoz, dan seorang konspirator bersama telah ditawarkan dan menerima suapan bagi memastikan mereka mengundi Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Bekas naib presiden FIFA dan bekas presiden CONCACAF, Jack Warners, dituduh telah dijanjikan dan menerima pembayaran berjumlah $5 juta (RM21.8 juta) untuk mengundi Russia sebagai tuan rumah edisi 2018.
Bekas ketua bola sepak Guatemala, Rafael Salguero, yang mengakui menerima rasuah sebagai balasan undiannya dalam proses pengundian tuan rumah edisi 2018, didakwa menerima suapan bernilai $1 juta (RM4.36) untuk mengundi Russia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#bola sepak
#FIFA
#Jack Warners
#konspirator
#Korupsi
#Nicolaz Leoz
#pendedahan
#Piala Dunia
#Piala Dunia 2018
#Piala Dunia 2022
#Qatar
#Rafael Salguero
#Rasuah
#Russia
#suapan
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan