RWC 2019: Pollard bantu Springboks mara ke final

Astro Awani
Oktober 27, 2019 14:13 MYT
Pasukan Afrika Selatan meraikan kemenangan mereka selepas menundukkan Wales, 19-16. - Foto AP
PRESTASI bertenaga Handre Pollard membantu Afrika Selatan mara ke final Piala Dunia Ragbi 2019 selepas menundukkan Wales 19-16.
Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Yokohama, Jepun pada Ahad, Pollard menyumbang 14 mata daripada empat sepakan penalti dan satu conversion.
Sepanjang 40 minit pertama, perlawanan Springboks mendahului Wales 9-6, yang mana tiada sebarang try dilakukan daripada kedua-dua pasukan.
Enam minit selepas separuh masa kedua bersambung, Wales menyamakan kedudukan 9-9 selepas Dan Biggar menyempurnakan sepakan penalti.
BACA: RWC 2019: England tundukkan All Blacks, mara ke final
Pada minit ke-57 Damian De Allende melakukan try buat Springboks dengan conversion disempurnakan Pollard.
Enggan menyerah kalah, Wales memperolehi try dan conversion lapan minit kemudian menjadikan kedudukan 16 sama.
Bagaimanapun, ketika permainan berbaki empat minit, Pollard sekali lagi dengan tenang menyempurnakan penalti bagi menjadikan kedudukan 19-16 memihak kepada Springboks.
Afrika Selatan akan bertemu England dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada 2 November depan.
#Afrika Selatan #England #final #Handre Pollard #Jepun #Piala Dunia Ragbi 2019 #RWC 2019 #springboks #Stadium Antarabangsa Yokohama #Wales