KUALA LUMPUR: Persatuan Ragbi Sabah (SRU) telah memutuskan untuk menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti atau pertandingan anjuran Ragbi Malaysia (MR) sehingga badan induk kebangsaan itu menjawab dakwaan berkaitan akaun dan prosiding pemilihann badan sukan itu, Disember lalu.
Presiden SRU, Velayuthan Tan berkata langkah tersebut diambil untuk memastikan MR mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti.
Bekas timbalan presiden MR itu mendakwa bahawa usaha untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan pengubahan laporan kewangan yang telah diaudit dan sekurang-kurangnya RM1 juta dikeluarkan daripada akaun bank MR tidak mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
"Kami tidak mahu mengambil bahagian dalam organisasi yang tidak menunjukkan sebarang akauntabiliti," dakwanya pada sidang media di sini hari ini.
Setiausaha Kehormat MR, Fahmy Jalil, ketika dihubungi berkata: "Sama ada presiden (Amir Amri Mohamad) atau saya akan memberikan komen lanjut melalui satu kenyataan tidak lama lagi."
Pada Disember 2022, MR mengumumkan bahawa mereka a telah membuat laporan polis setelah menemui sejumlah besar wang dilaporkan dikeluarkan daripada akaun bank persatuan oleh petugas pentadbirannya sejak 2019.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MR pada 2 Dis tahun lepas, Amir Amri telah dipilih sebagai presiden baharu selepas Datuk Shahrul Zaman Yahya memilih untuk tidak mempertahankan jawatannya.
Pada sidang media itu, Setiausaha SRU, L. Ramesh, bagaimanapun, mempersoalkan kesahihan AGM pada 2 Dis itu, dengan menyatakan bahawa tiada laporan akaun teraudit dibentangkan kepada ahli gabungan persatuan kebangsaan itu.
Sementara itu, Tan berkata SRU akan terus menganjurkan edisi ke-19 Kejohanan Ragbi Antarabangsa Borneo Tujuh Sebelah di Sandakan, diiktirafkan oleh MR dan Ragbi Asia (AR), pada 9 dan 10 Mac ini.
Selain itu, katanya, SRU juga turut memberi tumpuan kepada pembangunan pasukan lelaki dan perempuan negeri termasuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Velayuthan Tan berkata langkah tersebut diambil untuk memastikan MR mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti. - Gambar Bernama
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.