awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safawi sedia pamer aksi terbaik di Portimonense SC

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/10/2020
12:42 MYT
Safawi sedia pamer aksi terbaik di Portimonense SC
Presiden Portimonese SC Rodiney Sampaio (kiri) berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi (kanan) ke dalam pasukan kelabnya dapat memantapkan lagi barisan serangan kelab berkenaan. - Instagram @safawirasid29
KUALA LUMPUR:Penyerang Portimonense SC, Muhammad Safawi Rasid sedia pamer aksi terbaik selepas diperkenalkan secara rasmi di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.
Safawi, 23, yang bakal menyarung jersi bernombor 29 tidak sabar untuk beraksi dan berharap dapat menyumbang sesuatu kepada kelab berkenaan.
“Saya akan cuba yang terbaik demi kelab Portimonense SC. Saya tidak sabar untuk beraksi dan saya berharap dapat menyumbang sesuatu kepada kelab ini,” katanya sewaktu sidang akhbar kelab Portimonense SC yang diadakan secara rasmi pada Rabu.
View this post on Instagram
Happy to join @portimonense_oficial
A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on
Oct 7, 2020 at 10:55pm PDT
Meskipun hanya dipinjamkan semusim, bintang sayap Harimau Malaya itu tekad mahu menggunakan tempoh tersebut sebaik mungkin.
Safawi yang juga bekas bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap prestasi cemerlangnya akan dijadikan sebagai tiket untuk membuktikan dirinya layak untuk beraksi di Eropah.
“Saya kenal beberapa pemain yang menjadikan pasukan kelab ini sebagai batu loncatan untuk menyertai pasukan lebih besar seperti Nakajima dan pemain Brazil Bruno Tabata yang menyertai Sporting Lisbon, tapi saya di sini untuk menyumbang kepada kelab,” jelas Safawi.
.@safawi37 di sidang media merasmikan dia sebagai pemain @PortimonenseSC... Yang penting confident, Pawi! Nanti dah lama di sana confirm boleh bercakap bahasa Portugis pula! #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/BtTenLow51
— Team Malaysia (@TeamMsia) October 8, 2020
Presiden Portimonense SC, Rodiney Sampaio berharap kehadiran Safawi dapat memantapkan lagi barisan serangan memandangkan bintang itu mempunyai kemahiran teknikal.
"Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” ujar Sampaio.
Muhammad Safawi akan menjadi pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda meningkat naik negara Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.
BACA: Muhammad Safawi bawa impian besar ke Portugal
Topic Berkaitan
#Portugal
#Portimonense SC
#Safawi Rasid
#Bintang JDT
#Bintang Harimau Malaya
#Harimau Malaysia
#bola sepak
#JDT
#serangan
#Rodiney Sampaio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan