SEPANG:Bintang bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Safawi Rasid berlepas ke Portugal malam ini bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama negara itu, Portimonense SC.
Pemain sayap berusia 23 tahun itu yang membantu JDT merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak empat kali sejak menyertainya pada 2017, dipinjamkan ke Portimonense selama satu musim.
Beliau dijangka tiba di Porto petang esok menjelang tarikh akhir jendela perpindahan liga utama Eropah yang berakhir pada Isnin.
Mengulas mengenai penghijrahannya ke Portugal, Muhammad Safawi berkata ia merupakan satu peluang keemasan dalam mengembangkan kariernya.
"Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ini (perpindahan) akan saya ingat sampai bila-bila," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam ini.
"Sasaran utama saya adalah membuktikan kemampuan dan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan," kata beliau.
Muhammad Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada 2018 dan 2019 sekali gus menjadikan beliau pemain paling muda memenangi anugerah MVP pada usia 21 tahun.
Tonggak pasukan kebangsaan itu telah meledak 47 gol dalam 101 penampilan bersama skuad Harimau Selatan dalam kesemua pertandingan tempatan dan antarabangsa.
"Berat hati sebenarnya nak tinggalkan JDT sebab dah empat tahun bersama, banyak pencapaian saya raih dan banyak memori manis dicipta di sana," kata anak jati Dungun itu.
Muhammad Safawi akan menjadi pemain Malaysia kedua yang berhijrah ke liga utama Eropah selepas pemain muda meningkat naik negara Luqman Hakim Shamsuddin yang menyertai kelab liga Belgium KV Kortrijk daripada Selangor 2.
Portimonense kini di kedudukan ke-15 Liga Primeira selepas tewas dalam dua aksi pertama saingan musim 2020/2021 yang bermula bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020
Safawi Rasid ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Portugal hari ini bagi menyertai Liga Premier Portugal bersama kelab Portimonense FC. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
"Selamat ulang tahun ke-8, sayangku" - Bekas pemain Arsenal maut kemalangan
Reyes terbunuh akibat kemalangan jalan raya berdekatan Sevilla, pada Sabtu.