KUALA LUMPUR:Penyerang berpengalaman Mohd Safee Sali sah menyertai pasukan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 sekali gus menyaksikan bekas pemain kebangsaan itu kembali menyarung jersi skuad 'The City Boys' selepas 15 tahun.
Mohd Safee, 36, menandatangani kontrak selama setahun dan kehadirannya bersama KLUFC musim depan memberi lebih banyak pilihan di posisi serangan skuad itu yang bakal berdepan cabaran baharu dalam kancah Liga Super selepas menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Premier musim lepas.
Beliau mengakui teruja untuk kembali beraksi bersama KLUFC selepas sekian lama dan berazam membalas kepercayaan itu dengan memberikan segalanya demi membantu pasukan mencapai kejayaan.
"Saya amat berbesar hati dapat kembali semula kepada pasukan di mana saya memulakan karier profesional pada 15 tahun yang lepas. Saya cukup bangga berada dalam stadium ini, banyak sejarah dan kenangan bersama pasukan ini.
"Selagi saya belum mengucapkan dan melafazkan kata persaraan, selagi itu saya ingin menabur bakti dan segala pengalaman untuk pasukan saya bermain," katanya pada sidang media majlis pengenalan pemain baharu KLUFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Pada masa sama, beliau yang pernah mewakili Selangor, Pelita Jaya FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyifatkan faktor usia tidak akan melenyapkan keazaman beliau dalam membuktikan kemampuannya sekali gus merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Ketika ini, jentera serangan KLUFC dibarisi pemain import Francis Kone selain dua penyerang tempatan Abdul Azim Rahim, 23, dan Muhammad Fakhrul Aiman Sidid, 31.
"Apabila bermain dengan pasukan yang saya pernah bermain suatu ketika dulu, memang saya cukup teruja walaupun saya bakal berumur 37 tahun, saya masih merasakan seperti 17 tahun. Saya menyedari situasi perlu bersaing dengan penyerang asing tetapi itu tidak melenyapkan keazaman saya.
"Saya faham faktor umur dan segalanya diambil kira dalam usaha jurulatih melaksanakan perancangannya, jadi saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan serahkan kepada jurulatih untuk tentukan siapa yang diturunkan," katanya yang juga pernah beraksi bersama PKNS FC dan Petaling Jaya City FC.
Sementara itu, KLUFC turut menandatangani bekas pemain tengah kebangsaan dan Kedah musim lalu Muhammad Hadin Azman untuk tempoh dua tahun sehingga penghujung musim 2022.
Menurut bekas bintang Felda United FC berusia 26 tahun itu, KLUFC memberi tawaran lebih baik berbanding beberapa pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmatnya.
"Kuala Lumpur adalah negeri kelahiran saya, saya sudah pergi ke utara (Kedah) dan selatan (JDT), Kuala Lumpur sahaja saya belum pernah (wakili), jadi ini satu kebanggaan akhirnya dapat berada dalam pasukan ini dan kita akan cuba yang terbaik mencabar saingan musim depan.
"Sasaran utama saya tahun depan ialah membantu KLUFC kekal dalam Liga Super dan saya akan berusaha mengembalikan prestasi terbaik untuk bantu pasukan pergi sejauh mungkin (dalam saingan liga)," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC Stanley Bernard berkata keputusan membawa masuk kedua-dua pemain bukan sahaja bagi meningkatkan prestasi pasukan malah sebagai usaha menaikkan jenama KLUFC dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, khususnya di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020
Safee Sali (kiri) bersama Muhammad Hadin (kanan) bergambar selepas menandatangani kontrak sebagai pemain KLUFC pada majlis pengenalan dua pemain baru pasukan itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 24 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.
Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.
Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.
Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?
Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.
Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.
Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.
Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.
Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.