awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara yang pernah dijajah - PM Anwar
Cuba sahkan 32 pegawai tentera terbunuh dalam serangan AS ke atas Venezuela
Inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Safee tinggalkan Singa Utara untuk ajar pengurusan

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2019
13:43 MYT
Safee tinggalkan Singa Utara untuk ajar pengurusan
Safee bertekad mengambil jalan ini untuk menyedarkan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya menjadi pengajaran buat mereka. - Astro Arena
Bekas penyerang negara, Safee Sali, membuat keputusan mengejut hari ini apabila sah 'angkat kaki' daripada skuad Perlis untuk beraksi bersama pasukan baru yang difahamkan adalah Petaling Jaya (PJ) City FC.
Selain PJ City, Selangor turut membuka pintu buat bekas penyerang Singa Utara itu menerusi beberapa perjumpaan di antara kedua-dua belah pihak.
Namun, Safee bertekad mengambil jalan ini untuk menyedarkan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) supaya menjadi pengajaran buat mereka.
Bagi bekas penyerang kebangsaan itu, ia adalah langkah paling tepat demi masa depan dan kerjayanya memandangkan PFA gagal melunaskan tunggakan gaji barisan pemain dan jurulatih selama dua bulan.
"Ini mungkin sesi latihan terakhir saya bersama Perlis.
"Walaupun berat hati untuk mengambil keputusan ini, saya perlu membuat satu keputusan (drastik) untuk menyedarkan pengurusan PFA.
"PFA perlu belajar daripada tindakan saya ini kerana mereka menyebabkan (masalah) tanggungan kepada pemain-pemain.
"Pengurusan pasti bersikap sambil lewa jika saya terus bertahan di sini," katanya.
Apapun, Safee mengucapkan terima kasih kepada PFA dan peminat Singa Utara atas sokongan yang diberikan selama tiga bulan bersama pasukan itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan saya.
"Saya juga ingin meminta maaf kepada seluruh peminat Singa Utara kerana jodoh kami tak panjang.
"Insya-Allah kami akan bertemu lagi kalau berkesempatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Perlis
#Persatuan Bolasepak Perlis
#Petaling Jaya City
#PFA
#PJ City
#safee sali
#Selangor
#Singa Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan