awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan getir Indonesia pada suku akhir Piala Sudirman 2013

Bernama
Bernama
22/05/2013
09:59 MYT
Saingan getir Indonesia pada suku akhir Piala Sudirman 2013
Pasukan Indonesia berhadapan dengan laluan berliku pada suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 selepas dijadualkan bertemu juara lapan kali, China, Khamis ini.
Pada undian yang dijalankan selepas berakhirnya pusingan awal kumpulan Divisyen satu di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam ini, Taiwan yang muncul juara Kumpulan C akan menentang naib juara Kumpulan D, Denmark pada satu lagi aksi suku akhir.
Korea Selatan yang muncul juara kumpulan B pula diundi bertemu naib juara Kumpulan C, Jerman yang mara selepas menewaskan Malaysia, 3-2 pada aksi terakhir kumpulan itu.
Juara Kumpulan D, Jepun pula dijadualkan menentang Thailand yang muncul naib juara kumpulan B.
Pemenang perlawanan antara China-Indonesia akan menentang pemenang antara perlawanan Taiwan dan Denmark pada separuh akhir yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.
Pemenang antara pasukan Korea dan Jerman pula akan menentang antara pemenang di antara perlawanan Jepun menentang Thailand pada satu lagi aksi separuh akhir.
Baki 18 daripada 30 pasukan yang bersaing pada edisi ke-13 kejohanan kali ini akan meneruskan cabaran mereka pada esok bagi memperbaiki ranking negara masing-masing dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Topic Berkaitan
#Bukit Jalil
#China
#Indonesia
#Jerman
#Korea Selatan
#Piala Sudirman 2013
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan