NAMANYA meniti di bibir peminat Liverpool. Dia dianggap wira sejati yang dicari-cari The Reds selama ini. dalam masa singkat Mohamed Salah mencetus gelombang fenomena di Anfield.
Persoalannya, sampai bila pemain antarabangsa Mesir ini akan kekal bersama Liverpool. Setiakah dia atau mungkinkah Salah akan berkelana ke kelab lain?
Bagi legenda Arsenal, Ian Wright, Liverpool berdepan kesukaran untuk terus menagih khidmat Salah musim depan.
Wright yakin pemain berjersi nombor 11 itu bakal mengikuti jejak bekas rakan sepasukannya Philippe Coutinho yang berhijrah ke La Liga untuk bersama Barcelona.
Ketajaman penyudah Salah ini menjadikannya kini penyerang paling mendapat perhatian pemilik kelab bola sepak gergasi antaranya tidak ketinggalan Real Madrid.
“Isu utama bagi Liverpool adalah sama ada dia (Salah) akan terus memakai jersi merah Liverpool atau menyarung jersi putih sebagai salah seorang Galactico Real Madrid,” ujar Wright.
Kehebatan Salah yang meledak 28 jaringan dalam 32 penampilan bersama The Reds musim ini amat mengerunkan penjaga gawang lawan.
Ketika Liverpool membelasah Watford 5-0 alam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu empat daripada jaringan itu disumbat masuk Salah.
Kontrak Salah di Liverpool berbaki empat tahun dan berakhir pada 2022.
Agensi
Tue Mar 20 2018
Ketajaman penyudah Salah ini menjadikannya kini penyerang paling mendapat perhatian termasuk dari Real Madrid. - Astro ARENA
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
'Nama tengah naik' - Rozie Othman akui kecewa Syasya keluar Dolla untuk berkahwin
Syasya kini masih berada di Malaysia dan akan mengotakan janji mengikut suaminya untuk ke luar negara.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
Kerajaan akan teliti cadangan RSF baiki indeks kebebasan media - Fahmi
Beliau mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu untuk bekerjasama dengan Malaysia.
Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.
Status pindah kes bunuh Bella ke Mahkamah Tinggi ditentukan 20 Mei ini
Mahkamah menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki yang didakwa membunuh Bella.
Mo Salah cipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris
Mohamed Salah mencipta lebih banyak sejarah Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Tottenham.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Semua 31,600 jemaah haji Tabung Haji tahun ini akan masuki Raudah
Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini berpeluang memasuki Raudah, salah satu tempat suci yang menjadi rebutan untuk dikunjungi semasa berada di Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.