awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2024
01:20 MYT
Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara
Aksi Mohamed Salah mengawal bola ketika perlawanan Liga Juara-Juara antara Girona dan Liverpool di Estadi Montilivi di Girona, Sepanyol, 10 Dis 2024. (Foto AP)
GERGASI Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara musim ini apabila meraih kemenangan ke atas kelab La Liga Sepanyol, Girona 1-0 di Stadium Montilivi, Girona.
Gol tunggal perlawanan dijelmakan menerusi penalti penyerang sensasi The Reds, Mohamed Salah pada minit ke-63 memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan
Kemenangan itu juga mengekalkan Liverpool kendalian Arne Slot di tangga teratas liga, lima mata di depan Bayer Leverkusen dan Aston Villa, manakala Girona pula kekal dengan tiga mata di tangga ke-30.
Girona beraksi di laman sendiri tampil agresif sepanjang 45 minit pertama bagi menghindari kekalahan kelima dalam pertandingan itu, namun Liverpool berjaya menyerap tekanan berusaha menyaingi Blanquivermells kendalian Michel.
Penjaga gol Liverpool, Alisson, membuat penampilan pertamanya sejak awal Oktober selepas kecederaan hamstring, tampil cemerlang mengemudi benteng terakhir Liverpool apabila menafikan beberapa percubaan jentera Girona untuk mendahului permainan.
Separuh masa kedua, Liverpool yang menguasai permainan bergelut apabila Girona menampilkan corak bertahan menyaksikan pasukan pelawat akhirnya mendapat sepakan penalti selepas Luis Diaz dikasari dan ia disempurnakan Salah.
"Enam kemenangan daripada enam perlawanan, anda tidak boleh meminta yang lebih baik daripada itu.
"Ia tidak mudah untuk dilakukan atau akan ada lebih banyak pasukan yang melakukannya selepas ini.
"Sejujurnya, kami telah bermain jauh lebih baik daripada malam ini, kami tidak berada di tahap tertinggi, tetapi pada ketika ini ia mengenai memenangi perlawanan dan memastikan kelayakan, dan kami berjaya," kata pertahanan Liverpool, Andy Robertson.
Sementara itu, pertahanan Girona, Alejandro Francés Torrijo berkata: "Kami beraksi pada tahap sehabis baik, kami mempunyai peluang dan perlu menerima hakikat bahawa kami kalah.
"Sudah tiba masanya untuk meneruskan baki saingan. Perkara utama ialah mempunyai peluang menentang pasukan yang hebat dan kami memilikinya."
LIGA JUARA-JUARA
Keputusan
FC Dynamo Zagreb 0-0 Celtic FC
FC Girona 0-1 Liverpool FC
Brest FC 1-0 PSV Eindhoven
FC Shaktar Donetsk 1-5 Bayern Munich FC
Club Brugge 2-1 Sporting De Lisbon
Red Bull Salzburg 0-3 Paris Saint-Germain
Red Bull Leipzig 2-3 Aston Villa FC
Bayern Leverkusen 1-0 Inter Milan
Atalanta 2-3 Real Madrid
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#Liga Juara-Juara
#Girona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan