awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAM terima suntikan dana RM150,000 daripada KBS

Bernama
Bernama
02/09/2020
01:31 MYT
SAM terima suntikan dana RM150,000 daripada KBS
Reezal Merican menyampaikan replika cek dan trofi kepada penerima tempat pertama Anugerah Siebel, Wan Norbazly Wan Azmi (tiga, kanan) dan Azmi Abd Malik (dua, kanan) daripada Astro Arena pada majlis di Bukit Kiara, 1 Sept, 2020. --fotoBERNAM
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima suntikan dana sebanyak RM150,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Peruntukan itu diumumkan Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semasa berucap pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2019 di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, pada Selasa.
Reezal Merican berkata daripada jumlah itu, RM50,000 diberikan dalam bentuk subsidi bagi membiayai sewa ruang pejabat SAM bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2022 manakala RM100,000 lagi merupakan bantuan kewangan.
"Bantuan kewangan sebanyak RM100,000 perlu dilunaskan sebelum berakhir bulan September ini.
"Saya berharap SAM akan mengorak langkah untuk terus melaungkan nama Malaysia kepada seluruh pelosok dunia menggunakan pelbagai medium komunikasi yang wujud pada masa ini," katanya.
BACA: Azizulhasni, Bonnie rangkul Anugerah SAM-100 PLUS 2019
Beliau turut mencadangkan SAM menyumbang kepakaran dalam bidang pendigitalan kepada Persatuan Sukan Kebangsaan agar dana pendigitalan sebanyak RM30,000 yang diperuntuk menerusi Bantuan Prihatin Sukan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#Bantuan Prihatin Sukan
#dana
#KBS
#kepakaran
#komunikasi
#Majlis Anugerah SAM-100PLUS
#pendigitalan
#penulis sukan
#Persatuan Sukan Kebangsaan
#Reezal Merican Naina Merican
#SAM
#sewa ruang pejabat
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan