KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan negeri itu terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam satu mesyuarat mengenai penganjurannya baru-baru ini, dan Sarawak sememangnya sudah bersedia menjadi tuan rumah penganjurannya pada bila-bila masa.
"Kerajaan pusat telah meminta Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA 2024. Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Belia dan Sukan Sarawak) mewakili Sarawak (dalam mesyuarat itu)," katanya ketika di Majlis Penutupan Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (Pesaya) Kali Ke-14 Sarawak 2023 di sini malam tadi.
Pada 9 Feb lepas Abang Johari dilaporkan berkata Sarawak bersedia menggalas tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah untuk sukan dwi tahunan itu dan meminta Kerajaan Persekutuan memaklumkan perkara berkenaan lebih awal, bagi memudahkan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada.
Sementara itu, Yayasan Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pesaya ke-14 dengan memperoleh 12 pingat emas, 9 pingat perak dan 3 pingat gangsa sekali gus menyumbangkan sejumlah 95 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Pada 9 Feb lepas, Abang Johari dilaporkan meminta Kerajaan Persekutuan memaklumkan perkara berkenaan lebih awal, bagi memudahkan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kemudahan dan infrastruktur sukan sedia ada. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan
Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan.