SETIAP kali menjelang penyertaan negara dalam temasya sukan besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA, perhatian pasti tertumpu kepada sasaran pingat kontinjen negara.
Tidak terkecuali temasya Sukan SEA di Vietnam Mei ini apabila sasaran awal 31 pingat emas ditetapkan sambil jumlah sebenar hanya akan diketahui pada 13 April ini.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa, sasaran 31 pingat emas yang ditetapkan itu realistik jika mengambil kira beberapa faktor selepas pasca pandemik COVID-19.
“Saya rasa sasaran awal 31 pingat emas ini agak realistik jika dilihat pada situasi semasa arena sukan tanah air pasca pandemik COVID-19.
“Sebab kita perlu faham, ramai atlet yang dihantar ke Sukan SEA ini kecuali badminton kebanyakannya sudah lama tidak menyertai kejohanan kompetitif antarabangsa. Jadi ini akan memberi kesan kepada prestasi mereka.
“Selain itu, kita juga tiada data yang sempurna mengenai prestasi terkini atlet negara dan juga Asia Tenggara ketika ini. Yang ada cuma data tiga atau empat tahun lalu yang bagi saya sudah tidak lagi relevan.
“Jadi ia akan menyukarkan kerja-kerja pegawai untuk menganalisis dan buat perbandingan realistik prestasi terkini mereka.
“Bagaimanapun ia cuma sasaran awal sahaja, tapi saya percaya atlet negara mahu meraih lebih pingat emas daripada apa yang ditetapkan," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara pada Khamis memaklumkan sasaran awal yang ditetapkan kepada kontinjen negara yang akan bertanding di Sukan SEA adalah sebanyak 79 pingat.
Jelasnya, sasaran awal 79 pingat yang merangkumi 31 pingat emas, 19 perak dan 29 gangsa dibuat berdasarkan perkembangan semasa dan perbandingan prestasi semasa atlet bagi temasya sukan dwitahunan itu.
Untuk rekod, pada edisi Sukan SEA Filipina 2019, kontinjen negara menamatkan saingan dengan prestasi hambar apabila sekadar mengutip 56 emas, 57 perak dan 72 gangsa.
Kutipan tersebut nyata jauh tersasar berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 70 emas, 51 perak dan 105 gangsa.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 05 2022
MOHD SADEK: Saya rasa sasaran awal 31 pingat emas ini agak realistik jika dilihat pada situasi semasa arena sukan tanah air pasca pandemik COVID-19. -Foto Sinar Harian
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.