SEPANG: "Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain."
Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.
Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lawan sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal.
BACA: Isu pingat emas Ziyad: MSN diarah tubuh jawatankuasa siasatan - Faizal Azumu
Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 7.05 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di 'call room'.
Difahamkan, penganjur menetapkan jam 5.55 petang (70 minit sebelum pertandingan) sebagai waktu 'cut off' untuk semua atlet dalam acara berkenaan.
"Kami sampai awal dekat trek, dalam 4.15 petang. Bila kita dah sampai, Ziyad 'warm up' dari 4.45 petang sampai 5.30 petang.
"Dalam proses dari 5.30 ke 5.45 petang, kita 'prepare' untuk Ziyad, kita urut sikit sebab Ziyad kata ada rasa tegang otot.
"5.45 petang, kita bergerak dari trek ke 'call room'. Kita dah buat kiraan kalau dari trek, lebih kurang 8 ke 10 minit. Kalau jalan laju, dalam 5 ke 6 minit.
"Bila sampai 'call room', kita tak bergegas pun, kita jalan biasa, saya bagi nasihat dan semangat kepada Ziyad.
"Depan kita ada atlet Greece, dia sampai dan boleh masuk dan kami ditahan. Kami tengok masa, 5.55 petang. Bila ditahan, kita rayu untuk masuk, dia (pegawai pertandingan) suruh tunggu," katanya.
Tambah Faizol, pada waktu itu juga terdapat jurulatih Ukraine berhampiran pegawai bertugas.
"Selepas itu, atlet Australia dan Ecuador ada di belakang, mereka minta masuk. Pada masa sama, pembantu pengadil panggil atlet lompat tinggi masuk.
"Masa itu kita rayu lagi untuk masuk tapi pegawai kata "Sorry, you are late."
"Dia tunjuk jam dah 5.56 petang. Saya lihat masa itu peserta kategori Ziyad ada di 'call room 1', tidak bergerak lagi ke 'call room 2'.
"Sebab itu kita minta masuk tapi bila pagar tutup, jurulatih Ukraine lakukan provokasi kepada pembantu pengadil.
"Dia kata kalau benarkan Ziyad masuk, dia akan protes. Lepas bercakap dengan Ketua Pengadil, Ziyad dibenarkan masuk," ujarnya.
Selepas anak buahnya dibenarkan masuk, Faizol menghantar Muhammad Ziyad dan masuk ke stadium.
"Saya tidak tahu apa-apa (berkaitan penyertaan dibatalkan). Selepas lontaran ketiga, saya dimaklumkan pegawai yang Ziyad 'DNS' (Did Not Start).
"Kalau saya tahu awal, saya tak benarkan Ziyad bertanding," katanya menjelaskan panjang lebar kepada media di KLIA.
Ketika ditanya bukti anak buahnya tiba awal dan berdepan masalah untuk memasuki 'call room', ini jawapan Faizol:
"Itulah masalahnya sebab dalam kawasan itu memang tidak boleh 'live' atau rakam apa-apa," jelasnya.
Muhammad Ziyad dan Faizol tiba di KLIA pada Jumaat kira-kira jam 6.43 petang bersama tujuh lagi atlet dan pegawai termasuk pemenang pingat perak, Chew Wei Lun.
Pada Selasa lalu, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.
Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA - 'Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.
Ridauddin Daud
Fri Sep 03 2021
Muhammad Ziyad (kiri)bersama jurulatihnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.
Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.
Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.
Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.
Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.
Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.
Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."