Tonggak tengah Pahang, Azidan Sarudin enggan dilebel dirinya sebagai wira selepas membantu pasukan raih mata penuh, lakar kemenangan ke atas PDRM dengan jaringan tunggal perlawanan.

Beraksi sebagai pemain simpanan dan menamatkan kebuntuan jaringan diminit akhir perlawanan, sumbangan Azidan jelas memberi makna yang besar buat Pahang.

"syukur Pahang menang malam ini hasil kerja kuat kawan-kawan. Terima kasih kepada jurulatih kerana bagi kepercayaan sejak saya baru pulih," kata Azidan.

Bagi pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan pula, tanpa berselindung dia sudah menjangka pasukannya mampu memastikan kemenangan berdasar komitmen yang dipamer sepanjang perlawanan.

Sementara itu, bagi jurulatih PDRM, Azman Adnan biarpun kecewa, dia akui berbangga dengan peningkatan prestasi pemainnya dalam mengekang asakan Pahang.

Pahang mengutip mata penuh selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM di Stadium Darul Makmur. Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Azidan di masa kecederaan pada babak kedua perlawanan.

Keputusan itu juga menyaksikan Pahang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 7 perlawanan berturut-turut.