awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya masih Faisal Halim yang sama"

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2024
00:30 MYT
"Saya masih Faisal Halim yang sama"
Menurut Faisal atau Miki, tiada apa yang berubah mengenai dirinya, cuma yang berbeza semangatnya semakin bertambah untuk musim ini. - Gambar fail Bernama
PENYERANG Selangor, Faisal Halim, berkata dia masih individu yang sama pasca Sukan Asia Qatar 2024 pada Februari lalu.
Penyerang yang mesra disapa Miki itu antara pemain negara yang menyerlah di Qatar, bahkan jaringannya ketika skuad negara mengikat gergasi Asia, Korea Selatan, 3-3 dinobatkan sebagai jaringan terbaik kejohanan itu.
Enggan terbawa-bawa dengan kegemilangan yang dikecapinya, Faisal berpendapat, segala pujian yang diberikan kepadanya tidak membawa makna apa-apa kerana apa yang penting adalah prestasinya di atas padang.
Menjelang pembukaan saingan Liga Super hujung bulan depan, dia berkata kepada wartawan Astron Arena, Karl Nunis: "Pada saya, saya tetap Faisal Halim yang sama.
"Tiada apa yang berubah cuma semangat saya semakin bertambah untuk musim ini.
"Pada saya, ia sesuatu yang normal untuk pemain bola sepak. Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik.
"Bagi saya itu semua tidak penting kerana apa yang penting adalah permainan saya sewaktu dalam pasukan, sama ada buat kelab atau pasukan kebangsan," katanya. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#penyerang Selangor
#Miki
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan