BELGIUM memperagakan persembahan gemilang untuk mengirim pulang juara lima kali, Brazil, daripada Piala Dunia Russia sambil mereka layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1986.
Skuad kendalian Roberto Martinez itu merampas tumpuan untuk meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam kejohanan kali ini dan memastikan peringkat separuh akhir akan ditandingi oleh empat pasukan Eropah buat kali pertama sejak 2006.
Brazil hanya bolos satu gol dalam empat perlawanan terdahulu di Russia tapi ketinggalan awal apabila sepakan sudut Nacer Chadli terbias daripada lengan Fernandinho dan terus menerjah jaring – gol sendiri ke-10 dalam Piala Dunia kali ini.
Rakan sepasukan Fernandinho di Manchester City, Kevin de Bruyne, menggandakan pendahuluan Belgium dengan rembatan tepat ke penjuru gawang dari jarak 20 ela sebagai menyudahkan larian kencang Romelu Lukaku.
“Saya adalah manusia paling bangga di muka bumi ini kerana saya memberikan pemain-pemain saya satu tugasan taktikal yang sukar dan cara mereka mempercayainya sehingga detik terakhir adalah menakjubkan,” kata Martinez selepas perlawanan.
Dalam perlawanan terbuka yang menghiburkan, Brazil tidak bernasib baik apabila sentuhan Thiago Silva terhadap sepakan sudut Neymar awal dalam permainan terkena tiang sebelum pemain gantian, Renato Augusto, menanduk masuk sungkitan Philippe Coutinho untuk memberi mereka sedikit harapan.
Namun, gergasi Amerika Selatan itu menyertai pasukan pilihan yang meninggalkan kejohanan lebih awal selepas juara bertahan, Jerman, dan pemenang masa lalu, Argentina, Sepanyol dan Uruguay.
“Brazil memiliki banyak kesempurnaan dan anda tahu mereka boleh merobek-robekkan pasukan anda,” kata Martinez lagi.
“Tapi saya tidak terfikir walau sedetik pun pemain-pemain saya akan mengalah.
“Mereka telah melakukan sesuatu yang istimewa dan saya harap semua orang di Belgium berasa sangat, sangat bangga.
“Ia telah mencipta satu memori indah dan kami harus menghargainya.
“Kini kami memerlukan lebih tenaga untuk perlawanan berikut kami dan cuba untuk memastikan kami tetap sama bagus di peringkat separuh akhir,” katanya lagi.
Astro Arena
Sat Jul 07 2018
MARTINEZ: Cara mereka mempercayai tugasan taktikal saya sehingga detik terakhir adalah menakjubkan. - Foto Reuters
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang
Belgium menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan A2 berikutan kekalahan 1-0 kepada Itali dalam aksi terdahulu.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Euro 2024: Perancis tewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir
Perancis mengesahkan slot ke suku akhir selepas memanfaatkan gol sendiri Jan Vertonghen dalam kemenangan 1-0 ke atas Belgium pada pusingan 16 Euro 2024 di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf pada Isnin.
Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan
Alexander De Croo meletakkan jawatan selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah (EU).
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.
Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza
Belgium harus ikut langkah Afrika Selatan mohon ICJ menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza.