awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya sedia berkhidmat untuk FAM - Subahan

Astro Arena
Astro Arena
01/03/2017
05:27 MYT
Saya sedia berkhidmat untuk FAM - Subahan
Subahan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru turut mahu mengembalikan detik cemerlang bola sepak negara dari 2009 hingga 2011. - Gambar fail
Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Subahan Kamal menerima pencalonan untuk kongres pemilihan persatuan itu bulan depan, kerana ikhlas masih mahu menyumbang kepada bola sepak negara.
Subahan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baru turut mahu mengembalikan detik cemerlang bola sepak negara dari 2009 hingga 2011 yang menyaksikan dua pingat emas Sukan SEA serta satu kejuaraan Piala Suzuki AFF diraih barisan negara.
Ketika itu, Subahan juga adalah Naib Presiden FAM dan pengurus skuad kebangsaan.
Namun, Subahan menyerahkan kepada ahli gabungan untuk membuat pemilihan mereka.
“Jika mahu berada di FAM tetapi sekadar memanaskan kerusi FAM, lebih baik berikan kepada pihak lain, sebagai naib presiden, kami harus bertindak mendapatkan dana buat persatuan,” kata Subahan.
Subahan juga tiada masalah bekerjasama dengan mana-mana calon yang mendapat kepercayaan ahli gabungan sebagai presiden FAM, walaupun FAS sebelum ini jelas tampak memberikan sokongan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Selangor akan memberikan sokongan kepada Tunku Ismail, tiada kepentingan peribadi. Tindakan drastik harus dilakukan.”
Topic Berkaitan
#calon
#pencalonan
#Subahan Kamal
#Timbalan Presiden FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan