Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi bertegas menolak jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Namun beliau sedia mempertimbangkan tawaran sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
Tunku Ismail berkata jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya disandang golongan keluarga diraja, atau mereka yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
Sebaliknya tegas Tunku Ismail, calon presiden badan induk itu mestilah seorang yang berkecuali kepada semua negeri dan kelab yang mengambil bahagian untuk mengelakkan gejala rasuah dan sikap pilih kasih.
"Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT (Johor Darul Ta'zim). Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya.
"Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan negeri atau kelab yang mengambil bahagian," katanya dalam laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberi taklimat kepada Tunku Ismail mengenai FAM.
Selain itu, ia turut membincangkan pelantikan beliau sebagai Presiden FAM, Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP.
"Saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan (mengenai jawatan Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres FMLLP)," katanya.
Mengenai spekulasi rombakan besar-besaran dalam FAM, beliau berpendapat presiden dan anggota Exco FAM mesti digugurkan dan anggota baharu perlu terdiri daripada mereka yang berupaya menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara.
"Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang yang berkebolehan. Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala mengemukakan pertanyaan kepada FAM.
"Penyokong berhak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa akan datang," katanya.
Sementara itu, beliau turut mencadangkan pasukan kebangsaan menggunakan khidmat jurulatih luar negara dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik.
Katanya jurulatih itu juga perlu dibenarkan membawa pasukannya sendiri dan melaksanakan apa juga yang telah dirancangkannya.
"Paling penting, beliau mesti diberi masa untuk membuat perubahan. FAM tidak begitu berkembang sejak 30 tahun yang lalu dan saya percaya kita perlu berikan masa secukupnya dan ruang yang diperlukan oleh jurulatih baru tersebut," katanya.
Selain itu, katanya, FAM juga perlu mengadakan mesyuarat Exco secara bergilir di setiap negeri manakala semua pasukan (Liga Malaysia) yang bertanding harus mempunyai program akar umbi, stadium dan pusat latihan sendiri yang akan diusahakan oleh kelab.
Bernama
Fri Aug 05 2016
TUNKU ISMAIL: Saya tidak setuju menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.