KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah menganggap diri saya adalah seorang pemain bintang."
Itu kata-kata merendah diri daripada pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid selepas menjaringkan hatrik untuk membantu Malaysia membenam Laos 4-0 sekali gus meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.
Tiga gol dijaringkan Muhammad Safawi di Stadium Bishan, Singapura itu membolehkan beliau kini mendahului senarai penjaring terbanyak kempen kejuaraan dengan mengumpul empat gol.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 24 tahun itu mendedikasikan kejayaannya meledak hatrik kepada barisan kejurulatihan serta rakan sepasukan dan enggan mendabik dada dengan pencapaian itu meskipun ia boleh dianggap sebagai aksi terbaiknya dalam tempoh kebelakangan ini.
"Saya sebelum ini tak pernah saja-saja cakap kepada orang termasuk media bahawa saya seorang bintang handalan.
"Dengan (sokongan) jurulatih dan rakan-rakan buatkan saya kembali. Terima kasih kepada Allah izinkan saya kembali ke prestasi sebenar.
BACA: Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0
"Tapi saya juga tahu saya kena terus tingkatkan tahap permainan saya untuk bantu pasukan dan kami akan cuba berikan yang terbaik pada perlawanan akan datang," katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Laos pada Khamis.
Pada aksi yang berlangsung petang tadi, Muhammad Safawi meledak dua gol pertama Malaysia pada minit ketujuh dan ke-34 untuk memberikan permulaan sempurna buat skuad bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe.
Muhammad Safawi melengkapkan jaringan hatrik pada minit ke-80 iaitu gol keempat skuad Harimau Malaya, dua minit selepas pemain pertahanan Mohd Shahrul Saad menjaringkan gol ketiga negara.
"Tahniah kepada Safawi kerana sekain lama bekerja keras bersama skuad kebangsaan dan hari ini ia terbukti menerusi jaringan hatrik. Dia (Safawi) ada keistimewaan tersendiri tetapi dia mesti teruskan kerja keras kerana masih banyak boleh diperbaiki," kata Cheng Hoe.
Cheng Hoe mengakui kemenangan ke atas Laos amat diperlukan untuk menyuntik semangat anak buahnya bagi menghadapi cabaran lebih getir berdepan juara bertahan Vietnam, Ahad ini.
"Satu lagi aksi hebat daripada pemain dan kami yakin mampu memperoleh tiga mata.
"Ia suntikan semangat untuk pasukan menghadapi perlawanan seterusnya. Sebagai jurulatih, saya percaya pemain mesti lebih tenang pada permulaan perlawanan dan diharapkan kami akan terus bertambah baik,"
Malaysia akan menentang Vietnam pada Ahad sebelum menutup saingan Kumpulan B menentang musuh tradisi Indonesia pada 19 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

Pemain sayap skuad kebangsaan Safawi Rasid berkata, beliau tidak pernah menganggap dirinya seorang pemain bintang. - Gambar fail/BERNAMA

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Malaysia mula langkah kanan, bergaya 'baham' Turkmenistan
Malaysia memulakan saingan Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila mudah membenam pasukan di ranking ke-134 dunia, Turkmenistan dengan tiga jaringan berbalas satu.

Safawi optimis 'ngauman' berbeza Harimau Malaya
Harimau Malaya dijangka tampil dengan corak permainan berbeza apabila menghadapi tugasan sulung di bawah kendalian Kim Pan-Gon dalam tiga aksi persahabatan di Singapura.

Saksikan kebangkitan Harimau Malaya di Kota Singa - Safawi
Latihan berintensiti tinggi yang diterapkan barisan kejurulatihan baharu dilihat mampu membantu beliau dan rakan sepasukan mempamerkan aksi yang lebih mantap.

Faizal Azumu banding kehebatan Safawi, de Paula di Dewan Rakyat
Ia hasil perbandingan yang dilakukan di antara pemain tempatan, Safawi Rasid, 24 dan pemain naturalisasi Guillherme de Paula Lucrecio, 35 semasa Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020.

Saya tak pernah anggap diri 'superstar' - Safawi Rasid
Pemain sayap skuad kebangsaan Safawi Rasid berkata, beliau tidak pernah menganggap dirinya seorang pemain bintang.

Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0
Pemain sayap, Safawi Rasid muncul sebagai pemain paling menyerlah dengan meledak hatrik sekali gus bergelar penjaring terbanyak kejohanan buat masa ini.

Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.

Liga Super: JDT menjarakkan mata, tewaskan Sabah FC
Johor Darul Ta'zim (JDT) kian menghampiri kejuaraan Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Safawi mohon maaf aksi rai jaringan tewaskan Thailand
Muhammad Safawi beri jaminan tidak akan mengulangi gaya meraikan jaringan yang tidak menyenangkan itu.

Cheng Hoe gembira pemain kerja keras sehingga ke akhir perlawanan
Cheng Hoe memuji prestasi baik dan komitmen pemainnya atas kejayaan mendapat tiga mata dalam perlawanan hidup atau mati menentang pasukan Thailand.