awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/12/2021
11:39 MYT
Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0
Safawi muncul wira pasukan selepas meledak hatrik sekali gus membenam cabaran Laos dengan keputusan 4-0. - Foto Instagram/@famalaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan langkah positif dalam saingan Piala AFF 2020 apabila merekodkan dua kemenangan berturut-turut selepas yang terbaharu, membelasah Laos dengan keputusan empat gol tanpa balas dalam aksi Kumpulan B.
Pemain sayap, Safawi Rasid muncul sebagai pemain paling menyerlah dengan meledak hatrik sekali gus bergelar penjaring terbanyak kejohanan buat masa ini.
Skuad Harimau Malaya membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh selepas Safawi menyudahkan hantaran cantik daripada Arif Aiman selepas pemain sayap itu mengatasi pertahanan di bahagian kiri pasukan lawan.
Safawi kemudian sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang gol apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan daripada sepakan penjuru pada minit ke-34.
Meskipun menguasai hampir keseluruhan permainan, hanya pada minit ke-78 skuad Harimau Malaya dapat menggegar gawang Laos buat kali ketiga.
Kali ini, tonggak pertahanan, Shahrul Saad pula mencetak nama sebagai penjaring selepas menyudahkan hantaran lolos cantik daripada Baddrol Bakhtiar.
Dua minit kemudian, Safawi menambah derita pasukan lawan apabila meledak hatrik pada minit ke-80, sekali gus merupakan gol keempat pasukan.
Kemasukan beberapa pemain muda termasuk penyerang, Luqman Hakim Shamsuddin dan Arif Aiman dilihat mengubah corak permainan Malaysia yang dilihat bergerak lebih pantas.
Meskipun Laos beberapa kali berjaya mengekang asakan skuad negara dengan membentuk benteng pertahanan melibatkan tujuh ke lapan pemain namun di penghujung permainan, disiplin pertahanan mereka dilihat mula goyah.
Kesempatan itu diambil pemain negara dengan beberapa hantaran lolos berjaya memecahkan benteng pasukan lawan dan hasilnya, dua lagi gol terhasil di penghujung permainan.
Kemenangan bergaya itu pastinya menjadi peniup sangat buat skuad Harimau Malaya yang akan bertemu Vietnam dalam perlawanan seterusnya.
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Piala AFF 2020
#Safawi Rasid
#hatrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan