awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scholes, Fowler kritik penggunaan sistem VAR dalam Piala Dunia

Bernama
Bernama
13/07/2018
22:00 MYT
Scholes, Fowler kritik penggunaan sistem VAR dalam Piala Dunia
Scholes (kanan) dan Fowler dalam sidang media selepas sesi bertemu peminat sempena Piala Dunia 2018 di Genting Highlands pada Jumaat. --fotoBERNAMA
Bekas pemain bola sepak antarabangsa England, Paul Scholes dan Robbi Fowler melahirkan rasa kurang senang mereka ke atas penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.
Legenda Manchester United, Scholes berkata VAR adalah satu sistem baharu yang boleh mengelirukan pemain dan peminat mengenai bagaimana sebenarnya ia digunakan.
"(VAR bola sepak) tidak seperti ragbi atau kriket yang mana anda boleh mencabar keputusan yang dibuat pengadil.
"Mungkin jika setiap pasukan dibenarkan membuat dua cabaran dalam setiap separuh masa permainan dan anda merasakan pengadil melakukan sesuatu yang tidak betul, mungkin ia lebih boleh diterima," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di Genting Resort, di sini pada Jumaat.
Piala Dunia 2018 adalah kejohanan utama bola sepak antarabangsa yang julung kali menggunakan sistem video pengadilan baharu, VAR.
Empat pengadil mengendalikan bilik operasi video dan mengikuti perlawanan secara langsung dari stadium selain daripada 33 kamera dan dua kamera khusus untuk menentukan ofsaid yang secara teori memberikan segala sudut yang mereka perlukan.
Pengadil boleh berhubung terus dengan pasukan VAR menerusi mikrofon radio mereka.
Berkongsi pandangan yang sama, legenda Liverpool , Fowler yang menggambarkan beliau bukanlah peminat kepada sistem itu.
"Bola sepak adalah permainan yang penuh dengan sentuhan dan pemain tidak boleh melarikan diri daripada melakukan faul. Jika di dalam kotak penalti pengadil merujuk kepada VAR untuk membuat keputusan. Saya tidak fikir ia adil.
Apabila pengadil merujuk kepada video, VAR akan memaparkan ulang tayang aksi perlahan tetapi dalam situasi sebenar ia bukan begitu dan tidak adil untuk mengadili apa yang sebenarnya berlaku menerusi video," katanya.
VAR hanya boleh digunakan untuk empat keadaan di dalam perlawanan iaitu bagi menentukan gol, penalti, kad merah dan kes salah identiti.
Perlawanan pertama menyaksikan keputusan utama VAR dalam Piala Dunia 2018 semasa perlawanan Kumpulan C antara Perancis dengan Australia pada 16 Jun lepas, dengan Perancis mendapat satu sepakan penalti menerusi rujukan VAR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#mengelirukan
#Paul Scholes
#pengadil
#Piala Dunia
#Robbi Fowler
#VAR
#Video Bantuan Pengadil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan