awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scholes pelik mengapa United tandatangani Cavani

Astro Arena
Astro Arena
13/10/2020
06:34 MYT
Scholes pelik mengapa United tandatangani Cavani
Cavani merupakan penyerang prolifik sepanjang kariernya, meledak 200 gol sepanjang tujuh tahun di PSG. - Gambar fail
PAUL Scholes menegaskan Edinson Cavani seharusnya ditandatangani Manchester United dengan kontrak dua atau tiga bulan dan memberikan perjanjian dua tahun kepadanya adalah perkara yang ‘sangat pelik’.
Cavani merupakan seorang daripada empat pemain baru yang dibawa masuk pada hari terakhir jendela perpindahan oleh Manchester United, dengan Alex Telles, Facundo Pellistri dan Amad Diallo turut menyertai kelab.
Pemain kebangsaan Uruguay itu merupakan penyerang prolifik sepanjang kariernya, meledak 200 gol sepanjang tujuh tahun di Paris Saint-Germain dan Scholes merupakan seorang peminatnya sebelum ini.
Tetapi dia yakin United seharusnya menandatangani pemain itu untuk jangka masa pendek, dengan cara yang sama ketika bekas penyerang Celtic dan Barcelona, Henrik Larsson, bersama United di Old Trafford pada 2007.
Ditanyakan apa yang dijangkakan oleh Scholes terhadap Cavani dia berkata, "Kita harus tunggu dan lihat terlebih dahulu.
"Sememangnya, dia merupakan salah seorang penyerang berbisa. Tidak meragui kemampuannya, tetapi dia telah berusia 33 tahun, kelihatan seperti sudah mahu bersara. Dia juga tidak banyak beraksi bersama PSG musim lalu.
"Lima, enam tahun yang lalu, dia mungkin seorang pemain yang berbaloi dibawa masuk ke United, dia mampu membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi saya berasakan dia tidak mampu untuk melakukannya kali ini.
"Tetapi itulah Manchester United kelihatan sekarang -- saya berasakan dengan penyerang yang dimiliki… Cavani, dia seharusnya hanya diikat secara pinjaman.
"Jika anda bergelut mendapatkan penyerang, ia hanya harus ditandatangani untuk jangka masa pendek untuk melepasi tempoh sukar ini.
"Sama seperti apa yang dilakukan ketika mendapatkan Henrik Larsson. Seorang penyerang berkualiti, berusia 33, 34 tahun, mengisi kekosongan yang diperlukan dalam pasukan pada ketika itu dan apa yang diperlukan kelab.
"Saya kontrak dua tahun yang diberikan kepada Cavani... sesuatu yang pelik. Tetapi tidak buat dirinya. Dia akan menyukainya, saya pasti."
Man Utd legend Paul Scholes gives a brutal reaction to the signing of Edinson Cavani #StadiumAstro #PaulScholes #PremierLeague #ManchesterUtd pic.twitter.com/8XV08W7POT
— Stadium Astro (@stadiumastro) October 12, 2020
Topic Berkaitan
#Paul Scholes
#Edinson Cavani
#tandatangan
#Manchester United
#kontrak
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan