Skuad berbasikal Selangor dan Johor memburu tambahan pingat emas acara berbasikal pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang berlangsung di Jalan Bandar Baru Semariang, di sini.
Pengurus Selangor, Mohd Zailani Zamri percaya skuad muda negeri itu mampu meraih emas dalam acara 60km kriterium lelaki dan 48km kriterium wanita yang berlangsung pada 26 Julai ini.
"Sasaran awal kita hanyalah dua emas, dua perak serta dua gangsa dan saya harap kami dapat meraih emas dalam acara kriterium.
"Majlis Sukan Negeri Selangor menjanjikan imbuhan sebanyak RM3,500 untuk pemenang pingat emas, jadi saya rasa atlet kami semestinya bersemangat memberikan persembahan cemerlang," katanya.
Mohd Zamri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya acara 1km ujian masa individu (ITT) lelaki di sini, hari ini.
Pengurus Johor, Laili Yusof pula menyifatkan kejayaan dua emas menerusi Muhammad Shah Firdaus Shahrom dalam acara 200 meter pecut dan 1km ITT lelaki memberi rangsangan kepada pelumba lain untuk mencatat kejayaan sama.
"Sebenarnya sasaran hanyalah dua emas dan satu perak tapi saya yakin kami mampu meraih dua emas lagi dalam perlumbaan lepas beramai-ramai individu dan berpasukan," katanya.
Selangor mendahului kutipan pingat acara berbasikal selepas dua hari pertandingan dengan dua emas, tiga perak dan satu gangsa, diikuti Johor (dua emas) manakala Terengganu ketiga dengan tiga gangsa.
Dua lagi emas ditawarkan pada hari ketiga acara berbasikal esok iaitu 30km ITT wanita dan 40km ITT lelaki.
Bernama
Thu Jul 21 2016
- Mohd Iqbal Asri Muhammad Faizal dari Pahang memecut ke garisan penamat pada acara 1 KM Ujian Masa Perseorangan Lelaki Akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 di Jalan Samariang/FAC. - Foto Bernama
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Selangor, Johor intai tambahan emas acara berbasikal Sukma
Skuad berbasikal Selangor dan Johor memburu tambahan pingat emas acara berbasikal pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang berlangsung di Jalan Bandar Baru Semariang, di sini.