SHAH ALAM: Harapan peminat-peminat Selangor untuk melihat bekas juara dua kali Liga Super itu memadamkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada awal musim ini tidak kesampaian apabila tewas kepada juara bertahan Liga Super sembilan kali berturut-turut berkenaan di laman sendiri.
Pada awalnya, anak didik Tan Cheng Hoe yang mengamalkan formasi 4-3-3 itu memberi saingan dan menyekat permainan pantas Harimau Selatan berkenaan sehingga memberi tekanan kepada Esteban Solari untuk merubah formasinya dalam separuh kedua.
Kesilapan yang dilakukan anak didik Cheng Hoe itu dalam babak kedua sebenarnya menjurus kepada terlalu banyak memberi ruang kepada pemain-pemain Harimau Selatan menguasai bola di bahagian tengah dan tidak begitu agresif dalam perebutan bola di kaki pemain-pemain JDT.
Itu yang membuatkan Endrick Dos Santos, Juan Muniz, Oscar Arribas melakukan hantaran-hantaran ke hadapan mencari Arif Aiman Hanapi dan Diogo Santos.
Selain itu, pergerakan-pergerakan pertukaran posisi pemain-pemain Harimau Selatan berkenaan yang menyebabkan pemain The Red Giants keliru hingga membuatkan Juan Muniz berjaya mencipta jaringan pertama JDT.
Bermula daripada jaringan pertama yang dicipta anak didik Solari terus membuatkan pemain The Red Giants hilang arah dan terus melakukan kesilapan-kesilapan terutama dalam menggekalkan taktikal disiplin ketika bertahan dan menyerang.
Apabila bentuk segi empat atau segi tiga sudah tidak kekal ia sebenarnya memberi ruang kepada pemain-pemain Harimau Selatan itu untuk melihat laluan hantaran ke hadapan sebagaimana jaringan pertama dan ketiga diperolehi JDT.
Faktor itu juga jelas bahawa komunikasi dan persefahaman di antara pemain-pemain The Red Giants.
Atas faktor itu semua yang membuatkan The Red Giants karam di laman sendiri dan tewas dengan jaringan yang besar.
Ini diakui sendiri oleh Tan Cheng Hoe, namun ia bukan pengakhiran untuk Selangor sebaliknya mereka perlu bangkit untuk tingkatkan keinginan dalam diri bagi mencabar kedudukan pasukan-pasukan di atas terutamanya kepada pemain-pemain import mereka.
Setakat ini mereka tidak membantu langsung dalam memastikan The Red Giants berada pada prestasi yang konsisten pada setiap perlawanan bagi memcabar kedudukan teratas Liga Super.
Ini juga satu pengajaran kepada pengurusan The Red Giants supaya tidak terpedaya dengan agen-agen yang membawa pemain import supaya Selangor tidak terus karam.
Astro Arena
Sat Mar 18 2023

Pergerakan pertukaran posisi pemain Harimau Selatan menyebabkan pemain The Red Giants keliru hingga membuatkan Juan Muniz berjaya mencipta jaringan pertama JDT. - Gambar Stadium Astro

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

AWANI Ringkas: KKM arah orang ramai henti ambil ubat batuk, selesema ada Pholcodine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam
Pemandu berusia 36 tahun itu cedera di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Selangor karam di laman sendiri!
Harapan peminat Selangor untuk melihat pasukan mereka memadamkan rekod tanpa kalah JDT FC pada awal musim ini tidak kesampaian apabila tewas di laman sendiri.

TMJ sedia beri pelepasan pemain JDT wakili skuad kebangsaan
Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali.

Liga Super: JDT pamer kejagoan di laman Selangor FC
Selangor menjadi mangsa terbaru juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), yang berpesta gol di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

Liga Super: Terengganu catat kemenangan sulung, JDT gah di persada liga
Terengganu akhirnya meraih kemenangan sulung dalam kempen Liga Super 2023 dengan mengatasi PDRM yang beraksi dengan 10 pemain 1-0.

Liga Super: JDT terus pamer rentak garang
JDT FC meneruskan rentak garang dalam Liga Super ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila skuad kendalian Esteban Solari itu membelasah Kelantan FC 5-1, petang tadi.

Kelantan elak jadi 'lauk', Terengganu, KL City buru kemenangan
JDT dijangka meneruskan rentak cemerlangnya dengan melayan kunjungan Kelantan FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor
Kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

Liga Super: Negeri Sembilan mahu elak jadi 'lauk' JDT
Johor Darul Takzim (JDT) bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk menentang Negeri Sembilan FC.

Liga Super: JDT benam KL City FC 3-0
JDT ternyata tiada tandingan, apabila mudah membelasah KL City FC 3-0 pada aksi Liga Super.