awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2024
14:18 MYT
SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky
Rexy Mainaky, menganggap pertukaran taktikal barisan pemain memberi kelebihan kepada China. - StadiumAstro.com
PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, menganggap pertukaran taktikal barisan pemain memberi kelebihan kepada China.
Skuad negara gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) apabila kecundang 0-3 kepada China di Setia City Convention Centre, hari ini.
Ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong jelas menjadi titik tolak untuk China merampas gelaran tersebut.
"Kalau turun dengan skuad penuh, kami mungkin berpeluang menjadi juara.
"Dalam situasi ini, China mungkin tidak menyangka kami akan turunkan barisan pemain seperti hari ini.
"Mereka mungkin sudah membuat persiapan untuk berdepan perseorangan, Lee Zii Jia, dan berdasarkan rekod pertemuan memang lebih memihak pihak lawan," katanya.
Tambah Rexy, juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pula terperangkap dengan permainan seteru di ranking ke-90 dunia, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han.
"Sebaik mengetahui barisan yang diturunkan Malaysia, keyakinan China seakan bertukar terutama beregu lelaki.
"Kalau Jun Hao dapat heret sampai ke set ketiga, mungkin situasi akan berbeza. Semangat mereka mungkin masih ada tapi kemenangan straight set memberi motivasi kepada China.
"Pujian juga harus diberikan kepada beregu lelaki China yang berjaya mengawal tekanan.
"Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlalu terikut-ikut permainan China dan lawan juga sedar jika mereka dapat mengheret permainan, peluang mereka bergelar juara lebih cerah.
"Ini kerana perseorangan terakhir kami adalah daripada (bidan terjun) pemain beregu, Haikal Nazri," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#SELBATC
#badminton
#skuad negara
#Rexy Mainaky
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan