KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik.
Pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata berita mengenai keputusan Zii Jia untuk meninggalkan BAM telah menjadi antara topik berprofil tinggi yang menjadi tumpuan peminat seluruh dunia.
Beliau berkata isu yang berpanjangan tidak memberi kebaikan, sebaliknya boleh mencetuskan tanggapan negatif peminat luar terhadap nama baik badminton tanah air, yang merupakan antara sukan utama di Malaysia.
"Tidak hanya di Malaysia, satu dunia pun tahu berita ini. Saya juga rasa perkara ini tidak begitu bagus untuk skuad badminton kebangsaan. Saya harap boleh cepat diselesaikan dan fokus kepada badminton. Jangan sampai jadi besar sangat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu untuk bergerak sebagai pemain bebas dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.
BACA: Lee Zii Jia letak jawatan pemain BAM
Mohamad Norza berkata BAM telah mengadakan beberapa perbincangan dengan juara All England 2021 itu bagi memujuk Zii Jia untuk kekal, namun pemain berusia 23 tahun itu tetap dengan pendiriannya.
Mengulas lanjut Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar adalah beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang tanpa kekangan.
BAM dijangka mengumumkan keputusan berhubung kata putus Zii Jia itu esok.
Sementara itu Chong Wei berkata perjalanan sebagai pemain bebas tidak mudah dari aspek venue latihan, pemilihan jurulatih dan program pemulihan apabila kesemua itu perlu diuruskan secara sendiri tidak seperti di BAM, yang menyediakan segala elemen berkenaan.
Menurut Chong Wei, BAM antara organisasi yang mempunyai infrastruktur latihan serba lengkap dan terbaik.
"Tetapi dia (Zii Jia) mesti sudah ada perancangan sendiri dan paling penting sekali adalah keputusan, tak kisah sama ada dalam (BAM) ke, atau di luar, apa yang penting dia selesa untuk beraksi pada tahap terbaik, tetapi perkara ini bukan mudah," katanya.
Zii Jia mengharungi musim 2021 dengan prestasi tidak konsisten bermula dengan persembahan hambar di tiga kejohanan di Thailand sebelum mencipta sensasi muncul juara All England pada Mac.
Beliau kemudian membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu tewas di pusingan 16 terbaik kepada juara Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long.
Selepas membantu skuad negara meraih gangsa Piala Sudirman, beliau kemudian berdepan masalah keletihan dan kecederaan dalam beberapa kejohanan disertai, termasuk terpaksa menarik diri pada kejohanan Indonesia Master di Bali dan Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik. - Gambar fail/BERNAMA

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Harga Komoditi naik | Inflasi makanan Malaysia dijangka meningkat
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit. MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai yayasan tersebut.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Penularan HFMD di Pahang, tiada keperluan tutup taska
Kebanyakan kes HFMD yang dikesan di negeri ini bersifat sporadik dan jumlah penularan kes di taska dan tadika masih rendah.

Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan.

AWANI Ringkas: Tanah mendap: Penduduk diarah berpindah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Piala Thomas: Malaysia satu pasukan kuat - Momota
Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022.

Piala Thomas: Malaysia tundukkan England 5-0 bagi kumpulan D
Malaysia memulakan langkah positif bagi Piala Thomas 2022 apabila berjaya membenamkan England 5-0 pada pusingan pembukaan kumpulan D di Bangkok pada Isnin.

Mampukah Zii Jia dan rakan-rakan akhiri kemarau 30 tahun Piala Thomas?
Selepas bola sepak, badminton menjadi sukan kedua paling popular di Malaysia.

Piala Thomas: 'The Nights' dari DJ Avicii lagu semangat pasukan beregu lelaki
"He said, one day you'll live the world behind, so live a life you will remember," ("Katanya, suatu hari kamu akan meninggalkan dunia ini, maka jalanilah kehidupan yang akan kamu kenangkan,")

Badminton: Usah tekan Zii Jia - Roslin
Jangan letak harapan menggunung kepada Lee Zii Jia!

Zii Jia muncul juara BAC 2022
Lee Zii Jia mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie sebentar tadi.

Zii jia, Aaron-Wooi Yik ke pentas final Kejohanan Badminton Asia
Dalam aksi separuh akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa petang ini, Zii Jia hanya memerlukan 36 minit untuk mengetepikan cabaran Hong Yang, dengan keputusan 21-11, 21-19.

BAC 2022: Zii Jia mara ke separuh akhir
Zii Jia memerlukan hanya 36 minit untuk mengetepikan cabaran dari Jepun Kanta Tsuneyama 21-13, 21-11.