KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2022 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi hari ini.
Ini adalah suku akhir kedua gandingan negara itu selepas melakukannya pada penampilan sulung mereka tahun lepas.
Gandingan di ranking ke-15 dunia itu bermula agak goyah apabila tewas di set pertama 18-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Birmingham.
Bagaimanapun, mereka bangkit menguasai set kedua dengan menang 21-19 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menamatkan 75 minit perlawanan dengan menang set ketiga 21-16.
Di atas kertas, Pearly-Thinaah sepatutnya boleh mara ke separuh akhir memandangkan mereka akan berdepan pasangan ranking ke-64 dunia Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan yang menewaskan beregu Thailand Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul 19-21, 21-13, 21-13.
Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila dikejutkan oleh pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Pilihan kelapan kejohanan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu tewas 22-24, 21-13, 17-21 kepada pasangan di ranking ke-28.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Ini adalah suku akhir kedua gandingan negara itu selepas melakukannya pada penampilan sulung mereka tahun lepas. - Gambar fail/ BAM
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Seluruh England: Pearly-Thinaah hantar beregu nombor satu dunia pulang
Beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China dihantar pulang menerusi kemenangan straight set, 22-20, 21-16.
Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.
Badminton Seluruh England: Michelle sasar Aaron-Wooi Yik mara ke final
'Final', itu harapan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai, buat juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam kejohanan berprestij Seluruh England.
Status Terbuka Malaysia setanding Seluruh England mulai tahun depan
Status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000.
'Kena kerja lebih keras'
Rexy Mainaky berkata, masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukan berdasarkan prestasi pada Seluruh England minggu lalu.
Seluruh England: Zii Jia mara ke pusingan ketiga
Pemain pilihan keenam kejuaraan tersebut menewaskan lawannya straight set, 26-24, 21-11 dalam masa 45 minit.
Seluruh England: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2022 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi hari ini.
Terbuka England: Kes positif punca BWF tangguh perlawanan
Kenyataan daripada badan induk itu turut menyebut sebilangan besar ujian pandemik yang dijalankan tidak menghasilkan keputusan memuaskan.
BAM sediakan bajet bagi anjur Terbuka Malaysia
BAM sudah siap dengan segala kemungkinan terutamanya tentang bajet untuk menganjurkan Terbuka Malaysia 2021 yang telah ditunda 25 Mei depan.
Terbuka Malaysia: Momota tidak rela berputih mata lagi
Ketiadaan Chong Wei yang terpaksa menarik diri berikutan masih belum cergas memberi kelegaan buat Momota yang menyifatkan pemain kebanggaan Malaysia itu sebagai lawan yang liat untuk ditumpaskan.