awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi didakwa kerana merusuh di Stadium Shah Alam

Bernama
Bernama
23/12/2014
10:01 MYT
Seorang lagi didakwa kerana merusuh di Stadium Shah Alam
Muhamad Izzat Mohd Khir dibawa oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret. - Foto BERNAMA
Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merusuh semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lepas.
Tertuduh, Muhamad Izzat Mohd Khir, 25, yang bekerja sebagai pembantu jualan di Senawang, Negeri Sembilan, didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia bersama-sama lima lelaki yang telah dituduh dan beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa merusuh dengan menyerang penyokong pasukan bola sepak Vietnam menggunakan kekerasan di kawasan Quadrant A, Stadium Shah Alam pada pukul 9.50 malam.
Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip memohon supaya mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berikutan anak guamnya itu berpendapatan rendah dan masih tinggal bersama ibunya.
Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Norshakinah turut memerintahkan Muhamad Izzat melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Dalam insiden pada 7 Dis lepas, sekumpulan penyokong Harimau Malaya, yang kecewa setelah Malaysia kalah 1-2 kepada Vietnam, dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam.
Ketika kekecohan itu, seorang penyokong Vietnam mengalami kecederaan dan susulan itu, sembilan lelaki ditahan reman pada 12 Dis lepas bagi membantu siasatan.
Pada 17 Dis lepas, lima lelaki yang ditahan telah didakwa di mahkamah tersebut atas kesalahan sama dan polis sedang menjejaki saki baki individu yang masih bebas.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#didakwa
#lelaki
#Mahkamah Majistret
#merusuh
#Muhamad Izzat Mohd Khir
#Piala AFF Suzuki
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan