awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM

Bernama
Bernama
11/12/2023
22:45 MYT
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Abdul Halim berkata sistem kiraan 15 mata yang dikembalikan semula ISTAF mampu menjimatkan tempoh perlawanan, prihatin dengan kebajikan pengadil dan menambah bilangan perlawanan dalam sehari.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menerima cadangan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) supaya setiap regu hanya memperoleh satu servis berbanding sekarang tiga kali.
Setiausaha Agung ISTAF Abdul Halim Kader berkata cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
"Perubahan servis ini dilhat akan memeriahkan lagi persembahan setiap permainan dan sekali gus memberi semangat persaingan yang hebat dalam kalangan pemain dan pasti akan mengubah corak dan persembahan bagi setiap regu dalam pertandingan," katanya dalam kenyataan ISTAF hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata mesyuarat telah memutuskan sistem kiraan 15 mata bagi semua kejohanan peringkat domestik dan antarabangsa akan dikuatkuasakan bermula 1 Feb tahun depan, berbanding 2 Feb seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Katanya menerusi sistem kiraan 15 mata, sekiranya pasukan terikat 14-14, maka satu daripada regu yang meraih mata ke-17 akan dikira sebagai pemenang.
"Kalau perlawanan berlanjutan ke set ketiga atau pusingan 'Tie-Break' maka kedua-dua regu hendaklah membuat pertukaran petak gelanggang apabila mana-mana regu mencapai mata kelapan dan meneruskan perlawanan ke mata penamat," katanya.
Abdul Halim berkata sistem kiraan 15 mata yang dikembalikan semula ISTAF mampu menjimatkan tempoh perlawanan, prihatin dengan kebajikan pengadil dan menambah bilangan perlawanan dalam sehari.
Bernama difahamkan perubahan sistem kiraan mata itu adalah antara persediaan bagi sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Dalam pada itu, Abdul Halim berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF turut membincangkan laporan daripada Jawatankuasa Teknikal ISTAF berhubung cadangan sistem kiraan 15 mata bagi penetapan pemberian mata dalam borang kiraan mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#ISTAF
#PSM
#sistem kiraan 15 mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan