ANKARA: Pasukan bola sepak Sepanyol muncul juara Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) 2023 pada Ahad selepas menundukkan Croatia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan akhir itu berlangsung di Stadium Feyenoord Rotterdam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan tamat.
Keputusan itu memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.
Gol Sepanyol dihasilkan oleh Joselu, Rodri, Mikel Merino, Marco Asensio dan Dani Carvajal manakala sepakan Aymeric Laporte gagal menembusi gawang apabila terkena palang gol.
Sementara Nikola Vlasic, Marcelo Brozovic, Luka Modric dan Ivan Perisici menyumbang gol kepada pasukan Croatia, lapor Agensi Anadolu.
Kemenangan itu membolehkan Sepanyol menambah koleksi kejuaraan mereka selepas menjuarai UEFA EURO 1964, 2008 dan 2012.
Pasukan Sepanyol itu memenangi Liga Negara-Negara buat kali pertama dan Croatia pulang dengan pingat perak.
Pertandingan bola sepak antarabangsa dwitahunan itu bermula pada 2018, sebelum ini dimenangi oleh Portugal pada 2019 dan Perancis pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Kemenangan itu membolehkan Sepanyol menambah koleksi kejuaraan mereka selepas menjuarai UEFA EURO 1964, 2008 dan 2012. - Foto AP
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sepanyol muncul juara Liga Negara-Negara
Pasukan bola sepak Sepanyol muncul juara UEFA Nations League 2023 selepas menundukkan Croatia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.