awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serie A: Juventus tolak label pilihan juara

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2023
01:30 MYT
Serie A: Juventus tolak label pilihan juara
Reaksi Massimiliano Allegri ketika perlawanan Serie A antara Juventus dan Lazio di Stadium Allianz, Turin, Itali, 16 Sept 2023. - REUTERS
PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri, mengelak daripada dilabel sebagai pilihan juara selepas permulaan mantap anak buahnya pada musim ini.
Bianconeri memungut 10 mata daripada empat perlawanan pembukaan untuk menduduki tangga kedua Serie A -- dua mata di belakang pendahulu, Inter Milan.
Tanpa komitmen di peringkat Eropah musim ini, ia boleh menjadi pendorong untuk The Old Lady kembali merampas gelaran tetapi Allegri enggan melihat lebih jauh daripada kunjung ke Sassuolo, tengah malam ini.
Allegri memberitahu wartawan: “Ketika ini kami perlu kekal fokus kerana terlalu banyak keseronokan yang kami cipta tetapi dalam aspek lain, ia bagus tetapi ia juga boleh menghauskan tenaga dan perhatian.
“Kami baru memasuki perlawanan kelima untuk bertemu Sassuolo dan kecuali kemenangan 3-0 beberapa tahun lalu, mereka sentiasa menjadi lawan yang sukar.
“Mereka bangkit selepas kekalahan besar kepada Frosinone jadi kami akan menghadapi tugas yang sukar dan kami tidak boleh leka, perlu bersiap baik daripada segi fizikal dan teknikal. Ia penting demi meraih keputusan baik.”
Next stop: Reggio Emilia #SassuoloJuve pic.twitter.com/ka6pL5Je8o
— JuventusFC (@juventusfcen) September 22, 2023
Topic Berkaitan
#Massimiliano Allegri
#Serie A
#Juventus
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan