awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura bersara pada Disember

Bernama
Bernama
15/06/2023
10:07 MYT
Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura bersara pada Disember
Samoura berkata kerjayanya dalam FIFA membuatnya bangga dan selepas ini akan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya. - Foto AP
GENEVA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengumumkan Setiausaha Agung badan sukan itu Fatma Samoura akan melepaskan jawatannya pada akhir tahun ini selepas berkhidmat selama tujuh tahun.
Dalam satu kenyataan, badan induk bola sepak dunia itu menghargai sumbangan dan pencapaian Setiausaha Agung wanita pertama bukan dari Eropah itu.
Bagaimanapun, FIFA tidak menyebut nama pengganti Samoura, anak kelahiran Senegal itu, lapor Xinhua.
"Ia merupakan suatu keistimewaan dan penghormatan untuk bekerja dengan pelopor dalam permainan. Keghairahan dan semangatnya untuk memacu perubahan telah memberi inspirasi.
"Fatma adalah wanita dan orang Afrika pertama yang dilantik ke jawatan penting di FIFA. Kami menghormati keputusan Fatma dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan komitmen beliau kepada bola sepak," kata Presiden FIFA Gianni Infantino.
Samoura berkata kerjayanya dalam FIFA membuatnya bangga dan selepas ini akan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.
"Saya gembira bekerja bersama orang yang telah mengubah FIFA. FIFA hari ini adalah sebuah organisasi yang ditadbir dengan lebih baik, lebih terbuka, lebih dipercayai dan lebih telus. Saya akan meninggalkan FIFA dengan rasa bangga dan tahap kepuasan yang tinggi."
Samoura berkata beliau membuat pengumuman awal itu susulan terdapat spekulasi mengenai masa depannya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Beliau kali pertama dilantik ke jawatan itu pada Mei 2016 selepas berkhidmat selama dua dekad untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung FIFA
#Fatma Samoura
#bersara
#Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan