Setien alu-alukan Neymar kembali ke Camp Nou

Pemain berusia 28 tahun itu gagal kembali ke Barca pada awal musim 2019-20 dan dia sekali lagi dilaporkan menjadi sasaran perpindahan.

Pemain berusia 28 tahun itu gagal kembali ke Barca pada awal musim 2019-20. - Astro Arena | Astro Awani
PENGURUS Barcelona, ​​Quique Setien, "suka" untuk melatih bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, di Camp Nou.

Bintang Brazil itu meninggalkan Barca dengan rekod perpindahan dunia bernilai €222 juta (RM1.05 bilion) pada 2017 tetapi penyerang berkenaan terus dikaitkan akan kembali.

Pemain berusia 28 tahun itu gagal kembali ke Barca pada awal musim 2019-20 dan dia sekali lagi dilaporkan menjadi sasaran perpindahan.

"Tidak syak lagi, saya ingin melatih Neymar pada suatu hari kelak.

"Sudah tentu. Dia merupakan pemain yang berada di tahap luar biasa, ia tidak diragui.

"Saya telah memenuhi impian untuk melatih pemain terbaik di dunia, iaitu Leo Messi. Bagi mereka yang akan dibeli, kami harus memantaunya tetapi saya akan gembira," kata pengurus Barca, Setien, kepada beIN SPORTS.

Bekas penyerang Barca itu bukanlah satu-satunya pemain yang dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Penyerang Inter, Lautaro Martinez, diberi peluang untuk bergabung dengan Barca sementara pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, juga dilaporkan dikehendaki di Camp Nou.

"Kita semua tahu bahawa mungkin ada empat atau lima penyerang yang mampu memainkan peranan ini dan dia adalah salah seorang daripadanya," kata Setien ketika ditanya mengenai Martinez.

Mengenai Pjanic, tambah Martinez: "Saya selalu menyatakan bahawa saya menggemari pemain hebat dan dia adalah pemain berbakat. Inilah kebenarannya mengenai pemain yang sering dikaitkan melalui akhbar."