BIRMINGHAM: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, percaya peluang terbuka luas bagi Muhammad Shah Firdaus untuk mara lebih jauh di pentas dunia selepas meraih pingat gangsa acara keirin dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini.
Beasley menegaskan bahawa persembahan sebegitu lama diharapkan daripada Shah Firdaus, yang kembali pada '90 peratus terbaik' dalam acara itu di sini dan akan menjadi titik perubahan bagi pelumba kelahiran Johor itu untuk menyerlah dalam kejohanan atau temasya sukan akan datang.
"Shah Firdaus memang berbakat dan memerlukan persembahan seperti ini untuk menyakinkan diri. Saya percaya bahawa kita akan dapat melihat Shah Firdaus sebenar dan apa yang beliau mampu capai di velodrom seterusnya," katanya kepada Bernama.
Shah Firdaus menjadi penyelamat kepada kem berbasikal trek negara selepas beliau menyumbang satu-satunya pingat daripada temasya itu manakala lima lagi pelumba pulang dengan tangan kosong.
Dalam pada itu, Beasley turut berbangga dengan persembahan dua pelumba lelaki - Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom - dan tiga pelumba wanita - Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri - di sini.
Walaupun bergelut untuk menyerlah pada temasya itu, beliau berkata kesemua pelumba muda tersebut begitu berbakat dan mengingatkan peminat sukan tanah air supaya lebih bersabar terhadap perkembangan mereka.
Beasley juga yakin bahawa mereka tidak jauh daripada membina sebuah pasukan muda berwajah baharu yang memerlukan masa untuk membangunkan fizikal dan mental pelumba.
"Ingatlah Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Mohd Rizal Tisin mengambil masa beberapa tahun sebelum mereka mula beraksi bersama pelumba terbaik dunia di pentas dunia...jadi tolong berikan mereka masa untuk matang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Shah Firdaus bergembira setelah meraih pingat gangsa dalam acara lelaki keirin semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Lee Valley Velo Park, London, 30 Julai. --fotoBERNAMA
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.
'Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka' - Nakano hantar mesej kepada Shah Firdaus
Pemain berusia 28 tahun itu berkata Nakano menghantar mesej kepadanya kelmarin memberitahu telah diserang 'tentera bawang' Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Saya dah janji bawa ibu bapa pergi umrah - Shah Firdaus
"Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?"
"Shah Firdaus akan teruskan legasi saya" - Azizulhasni
Azizulhasni minta peminat berhenti bercakap mengenai dirinya, fokus harus diberikan kepada Shah Firdaus.
Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat
"Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam."
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Biarpun terjatuh, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur
Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan akhir Keirin selepas pelumba Jepun K Ota terbatal
Azizulhasni, Shah Firdaus mula kempen Olimpik bergaya, lepasi pusingan kelayakan acara pecut
Catatan tersebut menyaksikan Azizulhasni menduduki tangga ke-10, manakala Shah Firdaus di tangga ke-22 daripada 22 pelumba yang layak ke pusingan seterusnya.