Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang menghadapi masalah kewangan untuk mengharungi Liga FAM diselamatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan hutang serta gaji pemain.
Menurut ketua jurulatih, Manja Man, Shahidan juga menanggung insurans serta perbelanjaan dan penginapan pemain yang membolehkan Perlis menentang pasukan Maiserra di Nilai, Negeri Sembilan di Nilai, Ahad lepas yang berkesudahan 'Singa Utara' itu menang 3-0.
"Sumbangan Shahidan sangat bermakna kalau tidak kami mungkin tidak dapat mengharungi perlawanan menentang Maiserra," kata Manja kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya Perlis yang akan mengharungi empat perlawanan lagi perlu menang semua perlawanan tersebut untuk disenaraikan dalam Liga Perdana tahun hadapan.
"Kami amat berharap Shahidan akan terus membantu PFA sehingga tamat Liga," kata Manja dan menambah 30 pemain pasukan itu tidak mendapat gaji sejak Februari lepas namun mereka bersemangat untuk mengharungi baki perlawanan.
Manja juga berharapkan pihak-pihak yang sayangkan PFA tampil membantu menyelesaikan tunggakan gaji tiga bulan pemain dan pegawai supaya mereka dapat membuat persediaan menyambut Ramadahan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 01 2018
Shahidan juga menanggung insurans serta perbelanjaan dan penginapan pemain. - Gambar fail
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.