awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

ShekhinahPR, ProEvents sumbang peralatan bola sepak Manchester United kepada SK Lemoi

Bernama
Bernama
29/06/2025
13:15 MYT
Sponsor Banner
ShekhinahPR, ProEvents sumbang peralatan bola sepak Manchester United kepada SK Lemoi
ShekhinahPR bersama ProEvents menyerahkan sumbangan barangan dan peralatan yang digunakan Manchester United pada perlawanan menentang ASEAN All-Stars bulan lalu kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi. - Gambar ShekhinahPR
KUALA LUMPUR: Agensi perhubungan awam, ShekhinahPR, bersama perunding pemasaran dan pengurusan bola sepak ProEvents menyumbang peralatan bola sepak yang digunakan Manchester United pada perlawanan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan lepas, kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Pahang, semalam.
Menurut kenyataan ShekhinahPR, agensi itu turut menghadiahkan 15 pasang kasut but bola sepak baharu kepada murid-murid sekolah berkenaan sebagai sokongan kepada pembangunan sukan bola sepak dalam komuniti Orang Asli.
"SK Lemoi, sebuah sekolah luar bandar yang menempatkan anak Orang Asli di Cameron Highlands mempunyai pasukan bola sepak, dikenali sebagai 'The Botaks'," menurut kenyataan berkenaan hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR Christopher Raj berkata sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak dari kawasan pedalaman.
“Kami percaya sukan mampu menjadi pemangkin perubahan dalam kehidupan. Melalui sumbangan ini, kami berharap ia dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anak-anak Orang Asli untuk terus aktif dan bersemangat dalam bidang sukan, khususnya bola sepak.
“Melihat wajah gembira mereka menerima kasut but bola sepak dan barangan yang pernah digunakan Manchester United menentang ASEAN All-Stars, ia benar-benar menyentuh hati kami,” katanya.
Beliau berkata pihaknya komited untuk terus menyokong inisiatif pembangunan akar umbi, terutama dalam komuniti pedalaman.
ShekhinahPR katanya, sentiasa menyokong SK Lemoi menerusi sumbangan kelengkapan sukan dan jersi secara berterusan sebelum ini dengan yang terakhir adalah pada Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#ASEAN
#Manchester United
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami