awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Si Wei-Ya Qiong sahkan kejuaraan keempat Terbuka Malaysia

Bernama
Bernama
15/01/2023
08:50 MYT
Si Wei-Ya Qiong sahkan kejuaraan keempat Terbuka Malaysia
Beregu campuran China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong bergambar bersama trofi dan pingat yang dimenangi selepas menewaskan pemain Jepun Yuta Watanabe dan Arisa Higashino. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama dunia Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara Terbuka Malaysia kali keempat berturut-turut di gelanggang bertuah mereka, Axiata Arena hari ini.
Wakil dari China itu mempertahankan gelaran mereka selepas menundukkan lawan mereka dari Jepun yang juga ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-19, 21-11 dalam pertembungan akhir berlangsung 44 minit.
Ya Qiong, 28, tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas berjaya mencipta kejayaan sulung pada awal musim 2023, dan bertekad mahu mengekalkan momentum atau menyamai pencapaian musim lepas dengan 10 kejuaraan.
"Yuta-Arisa bukan gandingan yang mudah, jadi kami cuba bermain dengan lebih sabar pada set kedua. Saya harap selepas ini, kami akan lebih konsisten (untuk menang kejohanan) dan saya mengakui komunikasi dengan Si Wei adalah penting," katanya.
Si Wei, 25, menyifatkan kejayaan hari ini dapat meningkatkan tahap keyakinan beliau dalam meneruskan usaha mencipta kejayaan di Terbuka India 2023, bermula Selasa ini.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada edisi 2018, 2019 dan 2022. Kejohanan Terbuka Malaysia dibatalkan pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran utama dunia
#Zheng Si Wei
#Huang Ya Qiong
#Terbuka Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan