MELAKA: Misi meletakkan nama sebaris jaguh dunia dalam arena silat menjadi kenyataan buat tiga pesilat negara di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di sini.
Biarpun berdepan laluan berbeza dalam meraih sebutir pingat emas di pentas akhir sebagai tanda juara dunia baharu, aksi Muhammad Robial Sobri, Nor Farah Mazlan dan Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.
Bertanding dalam Kelas A Putera, Muhammad Robial meraih kemenangan selepas penyertaan lawannya, Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin dari Singapura dibatalkan.
Kemenangan itu susulan tindakan Muhammad Nurshahfareeq yang menumbuk di bahagian pipi kanan Muhammad Robial, sekali gus menyebabkan pesilat dari Kedah itu jatuh dan memerlukan bantuan perubatan di dalam gelanggang.
Pemenang Sukan SEA 2017 itu terpaksa diusung keluar ke bilik rawatan manakala Muhammad Nurshahfareeq diberi amaran dan seterusnya dibatalkan penyertaan ketika pesilat Singapura itu sudah mendahului 18-16.
Sementara itu, Nor Farah kini boleh tersenyum lebar apabila menyertai senarai juara dunia selepas meraih kemenangan dalam Kelas F Puteri.
Beraksi dalam saingan penuh sengit menentang Nadhrah Sahrin dari Singapura, pesilat dari Kota Belud, Sabah berusia 24 tahun itu berjaya melakar kemenangan tipis 25-23.
Saingan akhir petang ini juga menyaksikan Nor Izzatul Fazlia tidak ketinggalan melakar nama sebagai juara dunia Kelas Terbuka 2 Puteri.
Pemenang pingat emas Silat Kebangsaan ke-19 Pahang itu melakar kemenangan selepas Lo Thi Tuoi dari Vietnam menarik diri akibat kecederaan ketika mendahului 13-9.
Malaysia menghampiri sasaran tujuh pingat menerusi Kategori Artistik dan Tanding apabila setakat ini mencatat enam pingat emas keseluruhan bagi edisi kejuaraan ke-19 yang disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah, Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Muhammad Robial Sobri (kiri) ketika menentang pesilat Singapura Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin pada perlawanan akhir Tanding kategori I Lelaki. - Bernama
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Silat: Muhammad Robial, Nor Farah dan Nor Izzatul lakar nama sebagai juara baharu dunia
Aksi ketiga-tiga mereka berada dalam kelas tersendiri sejak pusingan awal yang bermula 26 Julai lepas.