MELAKA: Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata tindakan beliau mengarahkan Mohammad Khairi Adib Azhar menarik diri ketika perlawanan akhir Kelas B Putera pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 petang tadi adalah wajar.
Katanya sebagai Presiden Pesaka, beliau perlu mempertahan pesilat negara itu dan mengambil tanggungjawab atas keputusan tersebut memandangkan apa yang dilakukan adalah mengikut peraturan yang dibenarkan atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah.
Insiden tegang tercetus selepas pesilat negara berusia 20 tahun itu menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura yang ketika itu mendahului 16-7 selepas tidak berpuas hati dengan pemarkahan juri sepanjang perlawanan berlangsung.
Beliau berkata seluruh rakyat Malaysia malah penonton di gelanggang boleh melihat begitu banyak serangan yang jelas tidak dikira malah skor pesilat negara itu di papan markah elektronik langsung tidak bergerak walaupun banyak melakukan pukulan, serangan dan tendangan.
"Semua itu dilakukan bukan ditepis ataupun serangan melindungi diri sebaliknya disertakan bunyi dan keadaan jelas seperti lawannya berundur ke belakang yang membuktikan ada pergerakan.
"Apabila semua itu tidak dikira, ia tidak baik untuk Adib sebab dalam keadaan satu minit yang tinggal dan keadaan emosinya yang tahu skornya tidak bergerak maka Adib akan membuat serangan yang akhirnya lebih banyak kesilapan akan terjadi," katanya.
Megat Zulkarnain berkata demikian pada sidang media bagi mengulas insiden kekecohan di Arena 1 apabila beliau mengarahkan Muhammad Adib turun dari pentas gelanggang seminit sebelum perlawanan tamat.
Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan kem kontinjen Malaysia dan penyokong yang berada dalam Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kira-kira 15 minit termasuk ada botol minuman dilempar ke tengah gelanggang dari tempat penonton.
Mengulas lanjut, beliau berkata pasukannya telah menghantar bantahan rasmi dan turut memohon perlawanan semula antara kedua-dua pesilat.
"Kita sudah hantar bantahan rasmi dan mungkin memohon perlawanan semula kepada Delegasi Teknikal Antarabangsa (ITD). Sama ada mereka terima atau tidak, kita tunggu dan bersedia terima sebarang keputusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Insiden tegang tercetus selepas Adib (kanan) menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura. - Gambar/ Bernama
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Pesaka, Persilat buat 'post-mortem' kemas kini peraturan kejuaraan pencak silat
Ia bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus mengemas kini peraturan sedia ada.
Al-Jufferi secara rasmi bersara dari pentas silat
Kemenangan yang dilakar pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi melengkapkan kemanisannya selama ini.
Silat: Jufferi lengkapkan gelaran keempat juara dunia
Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi.
Jadikan seni silat gaya hidup masa kini - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat negara ini menjadikan seni silat sebagai sebahagian daripada gaya hidup masa kini.
Silat: 'Saya yang suruh Adib tarik diri' - Megat Zulkarnain
Insiden tegang tercetus selepas Adib menarik diri ketika menentang Aniq 'Asri Mohammad Yazid dari Singapura.
Siti Rahmah menang mudah, tepati sasaran ke separuh akhir
Atlet kelahiran Terengganu berusia 35 tahun itu mudah 'menumbangkan' lawannya Sudha Chauhan dalam aksi Kelas F kategori itu.
Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Malaysia rangkul tiga emas
Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Al Jufferi mara ke separuh akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022
Pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari mara ke pusingan separuh akhir kategori Tanding Kelas F Lelaki Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, selepas menewaskan lawannya dari Filipina Alvin T Campos.
Semangat Mat Kilau iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia
Dewan MITC gegak gempita dengan sorakan semangat lebih 500 peserta dari 40 negara yang mengambil bahagian.
Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia
Pesaka mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.