Singapura muncul juara buat kali keempat dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 biarpun tewas 0-1 menentang Thailand pada final kedua di Bangkok.

Keputusan tersebut diperolehi selepas skuad Singa itu meraih agregat 3-2 yang memberi kemenangan kepada mereka.

Dalam aksi timbal balik itu, Thailand yang tewas 3-1 pada final pertama memperolehi gol menerusi Kirati Keawsombut di lewat permainan pada babak pertama.

Usaha keras anak buah Winfried Schafer itu untuk menambah jaringan tidak kesampaian apabila kedudukan 1-0 kekal tamat 90 minit permainan.

Ia sekaligus memastikan Singapura muncul pasukan pertama meraih kejuaraan buat kali keempat di mana gelaran sebelum ini hadir pada tahun 1998, 2004 dan 2007.

Selaku juara, Singapura menerima hadiah wang tunai USD 200 (RM611,740.04).