Pihak berkuasa Singapura tahun lalu menahan ketua sindiket judi yang cuba mengatur keputusan perlawanan Piala Dunia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Wartawan akhbar The New Paper, Zaihan Mohamed Yusof mendedahkan perkara itu dalam bukunya "Foul! The Inside Story of Singapore Match Fixers". Buku itu mula dipasarkan hari ini, lapor agensi berita AFP.
Buku itu merakamkan dengan terperinci maklumat yang diperolehi oleh wartawan penyiasatan itu mengenai kumpulan sindiket yang kini sudah dilumpuhkan. Maklumat itu beliau dapat daripada pegawai kanan kerajaan serta penyiasat rasuah sukan.
"Sindiket itu sudah bersiap sedia dengan menyusun sekumpulan pemain dan pegawai yang korup melalui perlawanan liga nasional di luar negara dan perlawanan persahabatan antarabangsa," tulis Zaihan dalam buku itu, memetik seorang pegawai kanan kerajaan republik itu yang identitinya dirahsiakan.
"Apabila Piala Dunia 2014 tiba, apa yang mereka akan lakukan hanyalah mengutip (untung daripada pertaruhan)," kata pegawai itu.
"Sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan mereka… Kita tidak boleh berlengah," kata seorang pegawai lain.
Zaihan juga memetik kenyataan Michael Pride, ketua penyiasat di SI Sports Intelligence yang berpejabat di Australia yang berkata, "sindiket ini didakwa menentukan keputusan enam bulan lebih awal sebelum perlawanan."
"Daripada maklumat sumber, mereka dikatakan bersiap sedia untuk Piala Dunia," kata Pride.
Polis Singapura dan agensi penguatkuasa anti rasuah republik itu pada September tahun lalu menahan 14 anggota sindiket judi bolasepak termasuk ketuanya, Dan Tan atau lebih dikenali sebagai Tan Seet Eng. Ia adalah antara penahanan terbesar bersabit rasuah dalam bolasepak.
Tan, seorang ahli perniagaan, mula dikesan selepas seorang anggota sindiket, Wilson Raj Perumal yang juga rakyat Singapura ditahan di Finland pada 2011 kerana terlibat mengatur perlawanan di negara itu.
Nama Tan juga muncul dalam beberapa penyiasatan kes atur perlawanan di beberapa negara lain termasuk Jerman, Afrika Selatan dan di Amerika Latin. Dia juga dikehendaki oleh pihak berkuasa Itali kerana dikatakan terlibat mengatur perlawanan Liga Serie A dan Serie B, lapor The New Paper tahun lalu.
Interpol ketika itu menyifatkan sindiket yang dibongkar oleh pihak berkuasa Singapura merupakan "sindiket atur perlawanan yang terbesar dan paling agresif, yang menjangkau seluruh benua".
Mereka dipercayai meluaskan pengaruh kerana kemudahan jaringan pengangkutan antarabangsa, pasport yang diterima di serata dunia serta fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris. Mereka juga dikatakan mempunyai dukungan daripada pelabur yang kebanyakannya dipercayai datang dari China.
Astro Awani
Mon Jun 16 2014
Gambar yang diambil pada 5 Februari, 2013 ini menunjukkan Zaihan dalam satu temubual bersama sorang wartawan AFP di Singapura. - AFP Photo/Roslan Rahman
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isunya bukan takut, tapi Mahathir cuba menghasut - Nazri
Mohamed Nazri berkata beliau 'pelik' dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika tidak ada kuasa.
Pemilihan UMNO: 10 ketua wanita Perak menang tanpa bertanding, tujuh muka baharu
Sepuluh ketua wanita UMNO bahagian di Perak diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Singapura: Remaja 18 tahun rancang letup kubur Habib Noh ditahan bawah ISA
Seorang pelajar warga Singapura berusia 18 tahun ditahan pada Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Saifuddin ulangi tidak perlu pinda Sosma buat masa ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendiriannya untuk tidak meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) buat masa ini.
Benarkah kanabis bantu rawat gangguan bipolar?
Isu penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang baharu dan ia kembali hangat diperkatakan.
Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.
Usaha menyatukan UMNO-Pas sudah bermula sejak 1998 - Ahmad Zahid
Hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka.
Remaja 16 tahun ditahan rancang serangan dua masjid di Singapura
Pihak keselamatan Singapura telah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun di bawah ISA.
Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.
Mohd Isa dedah perangai bekas pegawai khasnya
Isa berkata Muhammad Zahid seorang yang suka lompat-lompat parti dan mengaitkan orang lain untuk melepaskan tengkuknya.