awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad B-19 Malaysia seri dengan Vietnam

Astro Arena
Astro Arena
28/08/2015
03:02 MYT
Skuad B-19 Malaysia seri dengan Vietnam
Skuad AFF B-19 buntu ketika bertemu Vietnam dalam kejohanan Piala AFF B-19 di Laos baru-baru ini. - Gambar Astro ARENA
Buntu meledak gol jadi punca skuad B-19 negara terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Vietnam bagi Kejohanan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Laos.
Walaubagaimanapun, benteng pertahanan diterajui kapten Dominic Tan berdepan beberapa saat getir terutama dibabak kedua apabila Vietnam menghadirkan peluang namun percubaan mereka sekadar mengena tiang gol.
Meskipun mencatat rekod baik ketika tiga bulan berada di Slovakia dengan 15 kemenangan, satu perlawanan mendapat kedudukan seri dan satu kalah namun Vietnam nyata memberikan cabaran yang berbeza.
Keputusan pengadil turut boleh dipersoal terutama ketika Vietnam membuat beberapa bentesan keras namun tiada layangan kad merah dibuat.
Malaysia turun dengan moral tinggi selepas membelasah pasukan negara jiran 4-0 pada Selasa.
Selepas ini malaysia bakal berdepan satu lagi perlawanan sukar iaitu menentang Myanmar.
Topic Berkaitan
#Dominic Tan
#Kejohanan Piala AFF B-19
#Slovakia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan