KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perubahan itu untuk memastikan pasukan muda negara bergerak selari dengan hala tuju skuad senior dan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat yang dijadual bulan depan.
"Kalau kita tak boleh ubah secara terus ekosistem bola sepak Malaysia, kita kena ubah daripada skuad B-23 dan saya ingin nyatakan skuad B-23 akan ada perubahan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Hamidin berkata perbelanjaan juga diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut antaranya dari aspek kepakaran barisan teknikal dan kejurulatihan.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengaitkan penolong kepada Pan Gon, Pau Marti Vicente yang merupakan bekas penolong jurulatih kelab gergasi Eropah, FC Barcelona dengan jawatan Ketua Jurulatih skuad B-23 yang kini disandang Brad Maloney.
Selepas cemerlang dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 tahun lepas, skuad kendalian Maloney menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan dalam tiga pertandingan disertai tahun ini bermula di Kejohanan AFF B-23 di Kemboja pada Februari lepas.
Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam bulan lepas, skuad B-23 pulang dengan tangan kosong selepas tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa kepada Indonesia.
Baru-baru ini, skuad Harimau Muda itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam saingan Kumpulan C kempen Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan selepas tewas kepada Korea Selatan 1-4, Thailand (0-3) dan Vietnam 0-2.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perubahan itu untuk memastikan pasukan muda negara bergerak selari dengan hala tuju skuad senior dan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat yang dijadual bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

Bazar Ramadan Rahmah: Ada peniaga dapat sambutan, ada juga yang berdepan kerugian
Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Presint 14, Putrajaya mendapat sambutan mengalakkan daripada pengunjung sejak dilancarkan beberapa hari lalu.Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 48 peratus daripada peniagaan di BRR Presint 14 memperkenalkan harga Menu Rahmah disamping menu dengan harga pasaran.

Bakhmut bakal 'dijual' sekiranya ditakluk Rusia - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan kebimbangan sekiranya Rusia berjaya menakluk wilayah timurnya di Bakhmut. Kedua-dua negara itu pada ketika ini masih dalam pertempuran yang berlarutan di wilayah tersebut, dengan pasukan pertahanan kedua-dua negara tidak mahu menyerah kalah.

Azerbaijan cari 'dalang' serangan terhadap ahli politiknya
Khidmat keselamatan Azerbaijan berjanji akan menyiasat dan mencari dalang kepada kejadian tembakan yang mencederakan ahli politik negara itu.

Sektor pembuatan Rusia kekal lembap
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sektor pembuatan negara itu masih lembap dan menjangkakan inflasi pada kadar peratus menjelang akhir bulan.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN
Keputusan Barisan Nasional (BN) menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

MMA tidak setuju mogok doktok kontrak
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan cepat bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh doktor kontrak di negara ini. Beliau juga menasihatkan doktor kontrak untuk tidak melancarkan mogok kerana ia akan memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan menambah beban rakan sekerja di fasiliti kesihatan awam yang sudah sesak.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat KM baharu
Politik Melaka bakal menyaksi pertukaran kepimpinan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat Melaka tunggu urus tadbir lebih baik
Rakyat Melaka menantikan urus tadbir baharu yang memberi tumpuan kepada keperluan, kemahuan dan kepentingan termasuk agenda merakyatkan kepimpinan terbaharu selepas ini. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan ini bukan lagi masa sesuai untuk bercakap mengenai soal jawatan atau kedudukan tetapi bagaimana meningkatkan taraf kebajikan penduduk Melaka.

Skuad B-23 tidak beraksi di Sukan Asia 2022
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung pada September ini.

Suasana harmoni 'rahsia' skuad Harimau Malaya - Muhammad Safawi
Keharmonian dalam pasukan dorong skuad Harimau Malaya meraih keputusan memuaskan pada kejohanan Piala Raja Thailand.

Skuad B-23 bakal lalui perubahan - Presiden FAM
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.

Sukan SEA: 'Mereka bagi 100 peratus, kami beri 120 peratus'
Muhamad Umar Hakeem melihat tiada sebab mengapa pasukan negara tidak berupaya menggengam semula kilauan emas selepas kali terakhir Malaysia memenanginya pada edisi 2011 di Indonesia.

FAM kekal pertaruh skuad B-23 cabar 'ibu segala pingat' di Sukan SEA Hanoi
FAM berkata tidak timbul sebarang isu berhubung keputusan menghantar skuad bimbingan Brad Maloney itu biarpun mereka mempunyai jadual kejohanan yang padat.

FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.

AFF B-23: Malaysia dikejutkan Laos
Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Lupakan insiden 2018, fokus aksi Selasa - Cheng Hoe
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu pemain-pemain skuad negara turun ke padang dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.

Bukan saya tetapi pemain yang cipta sejarah - Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee enggan 'diangkat' terlalu tinggi atas persembahan terpuji ditonjolkan Malaysia sepanjang mengharungi saingan bola sepak pada temasya sukan Asia 2018.