PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yang dijadual berlangsung pada September ini.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan itu susulan penganjuran Sukan Asia begitu hampir dengan tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang dijadual berlangsung pada bulan yang sama.
Katanya, perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira pandangan Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donell dan Ketua Jurulatih E. Elavarasan bahawa pusingan kelayakan itu lebih penting dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kita tidak mahu masuk semua kejohanan dan akhirnya satu pun kita tak dapat peroleh kejayaan. Fokus kita tahun ini ialah tiga kejohanan iaitu Sukan SEA di Kemboja, kelayakan Piala Asia B-23 2024 dan Piala AFF B-23," katanya kepada media di sini, hari ini.
Hamidin berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan tidak mendapat sebarang bantahan.
Sukan Asia 2022 dijadual berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt sementara pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 dijangka bermula dari 4 hingga 12 Sept.
Sebagai rekod, tiga pasukan terbaik dalam pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 akan layak ke Sukan Olimpik Paris.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Keputusan itu dibuat susulan penganjuran Sukan Asia begitu hampir dengan tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024. - Fail BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lupakan insiden 2018, fokus aksi Selasa - Cheng Hoe
Pengendali berusia 51 tahun itu mahu pemain-pemain skuad negara turun ke padang dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.