awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad badminton lelaki Malaysia raih kejayaan berganda

Bernama
Bernama
14/02/2020
20:46 MYT
Skuad badminton lelaki Malaysia raih kejayaan berganda
Lee Zii Jia (gambar) menyumbang mata pertama buat negara setelah menumpaskan Heo Kwng Hee. - Gambar fail
Skuad lelaki negara meraih kejayaan berganda apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020, sekali gus layak secara merit ke Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, Mei depan.
Pada aksi suku akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Rizal Memorium Coliseum, Manila, pada Jumaat, Malaysia mara dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Korea Selatan.
Pemain perseorangan, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama buat negara setelah menumpaskan Heo Kwng Hee 21-9, 21-14.
Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak terpuji skuad negara apabila mengetepikan gandingan Choi Solgyu-Kim Won Ho; 21-19, 21-14, untuk meletakkan Malaysia di kedudukan selesa 2-0.
Pemain perseorangan kedua, Cheam June Wei mengesahkan kemaraan skuad negara ke separuh akhir selepas memperoleh kemenangan ke atas Son Wan Ho; 21-18, 9-21, 21-14.
Saingan separuh akhir menyaksikan Malaysia bertemu pemenang perlawanan antara Jepun dan Taiwan, dalam satu lagi aksi suku akhir, malam tadi.
Terdahulu, skuad wanita negara mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan, untuk layak secara merit ke Piala Uber 2020, selepas menewaskan Taiwan 3-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Denmark
#Heo Kwng Hee
#kejayaan berganda
#Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020
#Lee Zii Jia
#Manila
#pemain badminton negara
#Piala Thomas 2020
#Rizal Memorium Coliseum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan