awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad berbasikal lebuh raya berpeluang ke Sukan Asia 2023 Hangzhou

Bernama
Bernama
18/05/2023
08:14 MYT
Skuad berbasikal lebuh raya berpeluang ke Sukan Asia 2023 Hangzhou
Abu Samah berkata pihaknya dan MOM kini meletakkan syarat wajib cemerlang buat skuad negara pada Kejohanan Lumba Basikal (Lebuhraya) Asia 2023 (ACC 2023) di Thailand. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal lebuh raya lelaki negara yang meraih pingat emas di temasya Sukan SEA Kemboja berpeluang secara automatik menyertai Sukan Asia 2023 Hangzhou, China, September ini.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata pihaknya dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini meletakkan syarat wajib cemerlang buat skuad negara pada Kejohanan Lumba Basikal (Lebuhraya) Asia 2023 (ACC 2023) di Thailand pada 7 hingga 13 Jun ini.
"Skuad elit lelaki hampir memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PKBM dan MOM. Perkara ini (kemungkinan bertanding di Sukan Asia 2023) telah dibincangkan pada mesyuarat Exco Selasa lepas.
"Mereka telah menang emas Sukan SEA. Kini PKBM dan MOM mahu mereka cemerlang pula di ACC Lebuhraya di Thailand bulan depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abu Samah berkata PKBM tidak menolak kemungkinan terus menagih khidmat pelumba dan jurulatih Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) serta Team Sapura Cycling (TSC) bagi memperkuatkan skuad lebuh raya lelaki Malaysia di Hangzhou, nanti.
Menurut Abu Samah, jika skuad kebangsaan layak, laluan getir bakal ditempuh pelumba negara kerana pasukan dari Jepun, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan, Taiwan, China dan Hong Kong memiliki barisan pelumba profesional ternama.
"Malaysia sudah lama tidak bertanding di peringkat Sukan Asia. Jadi penampilan kali ini perlukan satu persiapan yang sangat rapi," katanya.
Beliau berkata berdasarkan prestasi di Sukan SEA 2023, Malaysia dilihat mampu untuk memberi cabaran bermakna sekiranya menurunkan barisan terkuat termasuk pemenang pingat emas di Siam Reap, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki.
Sementara itu, Abu Samah memaklumkan bahawa Setiausaha Agung PKBM Ahmad Arif Astaman telah dinamakan sebagai pengurus pasukan bagi acara berbasikal trek di Sukan Asia 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#skuad berbasikal lelaki
#Sukan Asia 2023
#Hangzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan