awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada

Bernama
Bernama
15/04/2024
02:05 MYT
Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Kanada
Muhammad Ridwan. - Foto Xihuan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Skuad berbasikal trek kebangsaan sekali lagi pulang dengan tangan kosong pada kejohanan Piala Negara-negara UCI 2024 di Milton, Kanada.
Dalam acara pecut, Muhammad Ridwan Sahrom menamatkan saingan di tempat ke-29 selepas tersingkir awal pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Mattamy National Track Cycling Centre.
Pingat emas dimenangi pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, diikuti Jair Tjon En Fa dari Suriname di tempat kedua dan Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, ketiga.
Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri juga tidak menyerlah pada penampilan kali ini apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara keirin.
Terdahulu, pelumba dari Kedah itu menduduki tempat keenam pada pusingan repechage sebelum mara ke final.
Pingat emas keirin wanita dimenangi pelumba New Zealand, Ellesse Andrews, diikuti pingat perak dimenangi pelumba Belanda, Steffie Van Der Peet dan Lauriane Genest dari Kanada (gangsa).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad berbasikal
#Muhammad Ridwan Sahrom
#Piala Negara-negara UCI 2024
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan