Skuad bola sepak cacat penglihatan kebangsaan menyasarkan untuk mengisi satu daripada empat slot automatik ke Piala Dunia di Sepanyol tahun depan, pada Kejohanan Bola Sepak Orang Buta Asia di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur bermula esok hingga 17 Dis ini.
Skuad negara akan menjadikan kejohanan berkenaan sebagai medan terbaik untuk melakar sejarah layak buat kali pertama ke Piala Dunia sejak kejohanan bagi pemain cacat penglihatan itu dipertandingkan di Brazil pada 1998.
Ketua jurulatih kebangsaan, M. Shalesh berkata anak buahnya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memburu tempat ke Madrid pada tahun depan.
"Kami sudah mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik untuk bersaing pada kejohanan ini. Kegagalan untuk meraih pingat emas pada Sukan Para ASEAN, September lepas akan ditebus.
"Pasukan kali ini lebih baik berbanding semasa Sukan Para ASEAN di mana ketika itu ramai pemain dibelenggu kecederaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Untuk rekod, skuad negara hanya meraih pingat gangsa pada Sukan Para ASEAN setelah dikecewakan Laos pada peringkat separuh akhir.
Shalesh berkata prestasi semua pemain negara semakin meningkat hasil kerjasama pihaknya dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kekuatan mental dan fizikal pemain semakin bertambah dengan bantuan program yang dijalankan ISN dan MSN selepas kekecewaan pada Sukan Para ASEAN lepas," katanya yang sudah bersama skuad kebangsaan sejak 2009.
Sebanyak empat slot ditawarkan bagi zon Asia di kejohanan berkenaan yang turut disertai pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN 2017, Thailand.
Selain Malaysia dan Thailand, empat lagi negara yang akan merebut slot berkenaan ialah Iran, Jepun, China dan Korea Selatan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Iran yang menduduki ranking pertama di Asia dan Korea Selatan (ranking ketiga di Asia).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017
Skuad negara akan menjadikan kejohanan berkenaan sebagai medan terbaik untuk melakar sejarah layak buat kali pertama ke Piala Dunia. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Skuad bola sepak cacat penglihatan intai slot ke Piala Dunia 2018
Skuad bola sepak cacat penglihatan kebangsaan menyasarkan untuk mengisi satu daripada empat slot automatik ke Piala Dunia di Sepanyol tahun depan, pada Kejohanan Bola Sepak Orang Buta Asia di Stadium