awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia

Bernama
Bernama
18/01/2025
10:35 MYT
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Subahan berkata skuad negara berdepan cabaran besar di peringkat Kumpulan B Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia nanti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal, berkata skuad negara berdepan cabaran besar di peringkat Kumpulan B apabila dijadualkan bertemu juara dunia tiga kali, Jerman, juara Asia, Iran dan juara benua Amerika, Argentina pada kejohanan berprestij itu.
Beliau bagaimanapun berkata badan induk itu tidak mahu memberi tekanan dengan meletakkan sasaran yang tinggi kerana memahami kesukaran yang dihadapi oleh pemain dan jurulatih ketika membuat persediaan, termasuk ketiadaan venue latihan yang baik serta elaun yang sedikit.
"Kita bukan tidak mahu meletakkan sasaran, tetapi dengan ketiadaan venue latihan yang baik dan pemain hanya mendapat elaun minimum untuk latihan daripada kami (KHM), mereka tetap tidak merungut.
"Walaupun tanpa kemudahan yang baik, pemain tetap berikrar untuk memberikan yang terbaik dalam Piala Dunia. Saya percaya kepada pemain," katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.
Malaysia bakal bertemu Jerman pada 3 Feb diikuti Argentina pada 4 Feb dan Iran pada 6 Feb.
Skuad negara sebelum itu akan berdepan beberapa aksi pemanas badan bertemu sebuah kelab Austria, SV Arminen, di Austria sebelum ke Porec bagi kejohanan itu.
Sementara itu, jurulatih kbangsaan Rodzhanizam Mat Radzi berkata lapan pasukan teratas selepas pusingan kumpulan akan layak ke suku akhir manakala pasukan lain akan bermain untuk kedudukan kesembilan hingga ke-12.
"Walaupun kami beraksi buat kali pertama dalam Piala Dunia Tertutup, saya berazam pemain kami akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk layak ke suku akhir," katanya.
Kumpulan A: Austria (juara bertahan), Croatia, Poland, Afrika Selatan.
Kumpulan B: Argentina, Jerman, Iran, MALAYSIA
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki dalam dewan lelaki
#Piala Dunia 2025
#Subahan Kamal
#Konfederasi Hoki Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan